SJ-11-0191 : Bersedekah dari harta peninggalan si mati

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0191 : Bersedekah dari harta peninggalan si mati

salam,

saya nak tanya bila seseorang itu meninggal dunia, harta yg ditingggalkan masih miliknya?

soalan saya berkaitan dgn orang yg mati mendapat ganjaran daripada hartanya yang disedekahkan oleh anak/walinya.

satahu saya bila seseorang itu mati hartanya jadi harta yg difaraidkan. so tidak lah lagi menjadi miliknya.

minta penjelasan.

jzk

SJ-11-0191 : Bersedekah dari harta peninggalan si mati

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sekiranya dia mewasiatkan sebahagian hartanya adalah untuk sedekah, maka selepas kematiannya, bahagian harta itu wajib dikeluarkan untuk sedekah, dan bahagian itu tidak termasuk dalam faraidh. Cuma dihadkan dalam lingkungan 1/3 daripada hartanya sahaja.

Jadi, bahagian yang diwasiatkan bukan menjadi milik pewaris-pewaris, kerana ia adalah hak wasiat. Dan dimaklumi bahawa hak wasiat lebih utama daripada hak pewarisan.

Sekiranya dia tidak berwasiat untuk sedekah, orang lain boleh bersedekah secara sukarela atas nama simati, dan pahala sedekah sampai kepadanya, dengan ijmak ahli sunnah.

Dan perkara ini berlaku pada zaman Nabi SAW, antaranya:

Kisah Saad bin Ubadah yang kematian ibunya ketika beliau ketiadaan bersamanya. Lalu Saad datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Sesungguhnya ibuku telah wafat ketika aku ketiadaan bersamanya. Jika aku bersedekah atas namanya, adakah ia memberinya manfaat?" Jawab baginda: "Ya". Saad berkata: "Aku mempersaksikan tuan bahawa kebunku Mikhraf adalah sedekah atas namanya (ibunya)".
Direkod oleh Bukhari (no: 2605)

Maka sedekah di atas nama simati adalah masyruk dan memberi manfaat, samada melalui harta peninggalan yang diwasiatkan ataupun dibuat oleh orang lain secara sukarela.

Wallahu A'lam.