SJ-11-0256 : Terima Pusaka Dari Bapa Bukan Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0256 : Terima Pusaka Dari Bapa Bukan Islam

ustaz, saya kemukakan soalan seorang kawan saya yang sudah 3 tahun memeluk Islam :

setelah setahun saya memeluk Islam, bapa saya meninggal dunia sebagai non muslim. Lalu saya mewarisi pusaka harta bapa saya. setelah 2 tahun kemudian, saya sedari bahawa orang Islam tidak boleh mempusakai harta dari non muslim....

apakah tindakan yang patut saya lakukan dengan harta mendiang bapa saya yang telah saya makan dan yang dalam jagaan ini?

jazakallah, syukran

Re: Sudah terima pusaka dari ibubapa yang bukan Islam....

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Orang Muslim tidak boleh menerima pusaka daripada Bukan Muslim, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

لا يرث المؤمن الكافر ولا الكافر المؤمن

"Orang mukmin tidak mewarisi orang kafir, dan orang kafir tidak mewarisi orang mukmin".
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 4032) dan Muslim (no: 1614).

Harta pusaka yang diterima dari bapa yang bukan Muslim bukanlah haknya. Harta tersebut hendaklah dipulangkan balik kepada waris-waris yang berhak menerimanya mengikut perkiraan dalam agama mereka.

Jika agama mereka memberikan hak pusaka kepada orang Islam, dia boleh menerima harta tersebut tetapi tanpa menganggap ia sebagai harta pusaka. Ia boleh disalurkan untuk maslahah-maslahah orang-orang Islam. Sama seperti wang-wang riba yang kita terima daripada bank, disalurkan kepada maslahah Muslimin.

Wallahu A'lam.