SJ-12-0087 : Kena taat tak perintah suami ni!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0087 : Kena taat tak perintah suami ni!!

Apakah hukumnya seorang isteri yang berdegil untuk tidur dengan anak perempuannya (5 yrs) di katil suaminya semasa ketiadaan suami di rumah, di mana:-

a)suami tidak izinkan biliknya digunakan (keluar/masuk) sewenang-wenangnya oleh orang lain (exclusive area);

b)suami tidak izinkan katilnya dikongsi dgn sesiapapun (exclusivity utk mereka suami/isteri je); dan

c)suami tidak benarkan siisteri tidur dgn anak2 kerana ingin mendidik anak2 berdikari dan tidak terlalu manja dgn ibubapa.

SJ-12-0087 : Kena taat tak perintah suami ni!!

Jawapan ringkas:

Pergaduhan dalam mempertahankan kesucian bilik tidur bukanlah isu besar dalam agama. Jika isteri melanggar pantang larang ini tidaklah termasuk nusyuz. Ini kerana nusyuz hanyalah dalam isu2 yang lebih besar melibatkan hak-hak atau kewajiban agama.

Oleh kerana suami adalah boss rumahtangga, maka isteri hendaklah akur dengan karenah bossnya dan sebolehnya tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan suaminya tidak senang. ini kerana isteri2 kaum salaf, mereka sedaya mungkin mencuba utk memenangi keredhaan suami mereka. Sabda RasuluLlah saw:

"sebaik-baik wanita ialah yang sedap mata memandang dan mematuhi bila diperintah.." HR atTabrani dari Abdullah bin Salam, dinilai sahih oleh Albani, sahih aljaami' # 3294