SJ-12-0180 : anak zina dibinkan dengan nama bapa zina?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0180 : anak zina dibinkan dengan nama bapa zina?

saya ada satu kemusykilan tentang anak zina, ada pendapat yang mengatakan boleh dibinkan kepada nama bapa tersebut sekiranya belum sampai umur 6 bulan, ada juga yang mengatakan sebelum 90 hari, yang sebenarnya bagaimana ye? ::? :salam

SJ-12-0180 : anak zina dibinkan dengan nama bapa zina?

:wassalam

al-Jawab:
Dalilnya : Dari Abu Hurayra:

ÇáæáÏ ááÝÑÇÔ (si anak itu bagi tempat tidur)
[al-Albani, sahih Ibn Majah (1645), Ahmad Syakir, sahih isnadnya (Musnad Ahmad (14/184)]

Mengikut Fatwa Mesir (Syaikh Hasan Ma'mun, 1957) menetapkan mana-mana anak yang diperakui oleh seorang lelaki sebagai anaknya dan didaftarkan kepadanya, maka dianggap anaknya. Prinsip Islam ialah jika si lelaki itu mengakui itu adalah anaknya dianggap sudah memadai.
Syaikhul Azhar, Syaikh Jaad alHaq Ali Jaadul Haq (Gaad alHaq), pada fatwa tahun 1981, berkata Hadith Abu Hurayrah (si anak itu bagi (pemilik) tempat tidur) membawa maksud, mana-mana anak yg lahir hasil dari perkahwinan yang sah, maka sahlah anaknya, tanpa perlu menyiasat bila ia hamil. Ini kerana nasab tsabit hanya dgn pengakuan si lelaki terhadap mana-mana bayi.

Adapun jika anak itu lahir selepas 6 bulan melangsungkan perkahwinan itu adalah qaul yang masyhur dalam madzhab jumhur kecuali Hanabilah. Jika bayi itu lahir selepas 6 bulan perkahwinan, maka menurut mazhab jumhur adalah boleh dibinkan. Itu menurut prosedur pendaftaran, tapi jika tak cukup 6 bulan dan jika masih boleh didaftarkan sebagai anaknya pun tetap sah berdasarkan fatwa al-Azhar.

Rumusan: Status anak zina tidak hanya ditetapkan oleh tempoh kehamilan (minima 6 bulan), tapi memadai dengan pengakuan lelaki itu sahaja. Itulah syarat minima dalam syara'. Ini bermakna dosa berzina itu jauh lebih besar dari dosa berdusta untuk melindungi nasib anak zina yang tidak berdosa. WA