SJ-12-0213 : ada seseorang tanya saya...urgent

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0213 : ada seseorang tanya saya...urgent

salam syeik..

the statement below was written by an orientalis that study Islam well how to answer below statement?
The Quran itself allows marriage and sex with pre-pubertal little girls when it gives them a 3 month iddah and uses the Arabic "lam yahidna" (not yet menstruated) so that we know clearly that it refers to little girls too young to have their menses.
We know this means sex must have occured because there is NO iddah for wives who have NOT had sex with their husbands.
tq for your help..may Allah bless you

=====Terjemahan bebas alAhkam======

Kenyataan di bawah adalah tulisan seorang Orientalis (pengkaji kebudayaan Timur) yang mengkaji Islam dengan mendalam. Bagaimana kita nak jawab kenyataan beliau di bawah:
" al-Qur:an sendiri membenarkan pernikahan dan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur bila ia (al-Qur:an) memberi mereka 3 bulan 'iddah bila menggunakan kalimah arab "áã íÍÖäÇ" (belum lagi didatangi haidh) yang mana jelas kepada kita ia membawa maksud gadis-gadis sunti yang terlalu muda hingga belum lagi haidh.
Kita juga maklum, ini bermakna hubungan seks pasti terjadi kerana tiada iddah bagi isteri-isteri yang tidak ada hubungan seks dengan suami-suami mereka. Terimakasih di atas bantuan anda. Semuga Allah merahmati anda.
=========tamat
-----------------------------------------------------------------

camna nak jawab ni...nampaknya orang kapir lebih pandai dari orang Islam

SJ-12-0213 : ada seseorang tanya saya...urgent

:wassalam

alJawab:

Ayat yang dimaksudkan oleh Orientalis itu ialah ayat 4 surah alTalaq (Dan perempuan-perempuan yg menopos di kalangan perempuan-perempuan kamu, maka iddah mereka ialah TIGA bulan, dan begitu juga perempuan yang tiada haidh) AQT 65:4

Ayat ini menceritakan bahawa amalan masyarakat zaman ketika al-Qur:an diturunkan ialah berlakunya perkahwinan kanak-kanak. Saki bakinya ialah dalam masyarakat India sekarang, di mana lumrah dalam masyarakat Hindu, berlaku pernikahan di kalangan kanak-kanak yg masih kecil (belum baligh).

Kes yang sama ialah dalam masalah perempuan hamba abdi. Dalilnya:
AQT 23: 5-6 (dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau abdi perempuan yang mereka miliki)

Ayat ini menjelaskan norma zaman dulu, perhambaan manusia adalah legal dan legal juga bersetubuh dengan hamba abdi perempuan.

Jadi AQ mengatur suatu bentuk norma zaman dahulukala iaitu bolehnya berkahwin di kalangan kanak-kanak kecil dan halalnya hubungan seks terhadap abdi perempuan yg dimiliki. AQ tidak pernah menganjurkan amalan tersebut tapi mengeluarkan peraturan supaya amalan itu terkawal.

Bila sampai ke abad 21, masyarakat menolak perkahwinan kanak-kanak dan mereka menetapkan had umur. AQ tidak ada masalah, jika itulah kehendak manusia. Tapi jika manusia kembali menghalalkan pernikahan dgn kanak-kanak, maka Islam ada undang-undang spt wali, mahar, hak-hak suami isteri yg jelas dan talak.

Begitu juga perhambaan. Jika manusia kembali memperdagangkan manusia dan menghalalkan perhambaan, Islam sudah ada hukumnya.

Kesilapan Orientalis ialah mereka melihat kes perkahwinan dgn kanak-kanak dengan kacamata sekarang, walhal perkahwinan kanak-kanak masih berlaku dalam masyarakat Amerika sendiri, iaitu di kalangan komuniti ortodoks spt Amish dan Mormon, atau di India.

Berbalik kepada tuduhan Orientalis, bahawa hubungan seks pasti terjadi adalah tidak benar kerana ayat ini tidak menunjukkan berlakunya seks. Ia hanya menyatakan iddah bagi perempuan yang tiada haidh ialah 3 bulan. Tidak ada bukti hubungan seks berlaku.

Ahli Tafsir mengatakan, perkahwinan dgn gadis belum haidh adalah sah tapi jika ia masih kecil, hubungan seks belum dibolehkan. Ini kerana RasuluLlah saw telah menunjukkan contoh: baginda berkahwin dengan Aisyah ketika Aishah masih kecil dan hanya bersetubuh dengan Aisyah ketika beliau (Aisyah) telah baligh. Maksudnya perkahwinan itu berlaku tapi hanya memiliki tubuh sahaja tapi hubungan seks belum dibenarkan sehingga gadis itu sudah haidh dan bersedia. Ini ketetapan Islam terhadap perkahwinan dgn gadis kecil di masa lalu. Inilah rahsia yg tidak diketahui oleh Orientalis kerana mereka menyembunyikan kitab tafsir dan hanya terus mengambil secara terus dari AQ.

Ref: Imam Ibn Jarir, Tafsir Tabari (14/142)
Ibn Abdil Barr, al-Istidhkar (16/50)
Kitab sahih al-Bukhari (no 4840), perihal pernikahan Aisyah dan RasuluLLah SAW) * walaupun Maulana Asri yang mengutip dari Maulana Habiburehman al-Hind mempertikaikan kesahihan hadith ini, kita menetapkan hadith ini adalah memperjelaskan maksud ayat 4 surah al-Talaq.

sekian