SJ-12-0293 : mempelajari teknik2 hubungan sex suami-isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0293 : mempelajari teknik2 hubungan sex suami-isteri

:salam

Ana ditanya oleh sahabat..apa pandangan Islam mengenai suami-isteri yang mempelajari teknik-teknik hubungan sex melalui laman-laman web/gambar 'adult'..sebab buku-buku mengenai perkara-perkara begini tiada kat Malaysia..katanya.

Mohon pencerahan daripada Panel Feqh.. ::roll:

SJ-12-0293 : mempelajari teknik2 hubungan sex suami-isteri

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Hukum mempelajari teknik-teknik hubungan sex melalui laman-laman web/gambar 'adult' adalah dilarang dalam Islam.Ini kerana terdapatnya larangan daripada melihat kepada aurat wanita / lelaki asing sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 30-31 :

Þõáú áöáúãõÄúãöäöíäó íóÛõÖøõæÇ ãöäú ÃóÈúÕóÇÑöåöãú æóíóÍúÝóÙõæÇ ÝõÑõæÌóåõãú Ðóáößó ÃóÒúßóì áóåõãú Åöäøó Çááøóåó ÎóÈöíÑñ ÈöãóÇ íóÕúäóÚõæäó (30) æóÞõáú áöáúãõÄúãöäóÇÊö íóÛúÖõÖúäó ãöäú ÃóÈúÕóÇÑöåöäøó æóíóÍúÝóÙúäó ÝõÑõæÌóåõäøó

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya……..”

Begitu Nabi saw melarang memandang kepada aurat orang lain walaupun diantara lelaki dengan lelaki atau pun antara wanita dengan wanita samada dengan bersyahwat ataupun tidak , sebagaimana sebuah hadis dari Baginda saw :

áÇ íäÙÜÜÑ ÇáÑÌá Çáì ÚæÑÉ ÇáÑÌá æáÇ ÊäÙÑ ÇáãÑÃÉ Çáì ÚæÑÉ ÇáãÑÃÉ

“Seorang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang kepada aurat wanita lain.”

(HR Imam Muslim , Ahmad , Abu Daud , dan Tirmizi)

Walaubagaimana pun terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.Maka hal itu adalah dibolehkan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com