SJ-12-0298 : status nikah wanita tiada dara

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0298 : status nikah wanita tiada dara

Apa hukum nya jika perempuan itu yg tidak dara lagi tentang soal keputusan untuk kawin ? ada kah keputusan kawin itu masih di tangan nya kerana tidak dara lagi sama seperti Janda, atau keputusan itu di tangan nya mengikut hukum islam?

SJ-12-0298 : status nikah wanita tiada dara

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Pertama:
Membezakan antara janda dan dara, iaitu dara boleh dipaksa kahwin oleh walinya, adalah pegangan mazhab Maliki, Syafie dan Ahmad dalam satu riwayat. Pendapat ini dipertikaikan oleh sebahagian ahli tahqiq seperti Ibn Taimiyyah.

Kerana, nas hadis menyebut "Tidak dinikahi anak dara kecuali diminta izin, dan tidak dinikahi janda kecuali diminta arahan daripadanya".

Cuma yang membezakan antara janda dan dara ialah bentuk keizinan. Keizinan janda ialah melalui pertuturannya, manakala keizinan dara melalui senyapnya. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah).

Kedua:
Atas pendapat yang mengatakan anak dara boleh dipaksa kahwin oleh walinya, adakah wanita yang masih belum kahwin tetapi telah hilang dara termasuk dalam hukum anak dara atau hukum janda?

Hilang dara terbahagi kepada 3 kategori:

1) Tidak ada dara sejak kelahiran. Sepakat ulama mengatakan hukumnya sama seperti anak dara.

2) Hilang dara disebabkan persetubuhan, seperti zina atau wati syubhah. Mazhab Syafie dan Hanbali menyamakan dengan janda, dan mazhab Hanafi mengatakan wanita yang berzina sama seperti anak dara.

3) Hilang dara dengan aktiviti-aktiviti lain, seperti bersukan, pembedahan. Jumhur mengatakan hukumnya sama seperti anak dara, dan ada pendapat dhaif menyamakan dengan janda.

rujukan;
- Al-Hawi 9/68

Wallahu A'lam.