SJ-12-0301 : Keliru: Hukum Pakai Gelang/Rantai Kaki.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0301 : Keliru: Hukum Pakai Gelang/Rantai Kaki.

:salam Ustaz,

Apakah hukum memakai gelang/rantai kaki?

Setahu yang saya belajar, hukum memakai kaki adalah diharuskan selagi tidak mempunyai loceng yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Jika yang demikian, adalah diharamkan.

Ada sesetengah pendapat mengatakan ia tetap haram walaupun tidak mempunyai loceng kerana diibaratkan dengan sesuatu persamaan (binatang/kaum/peristiwa) di zaman rasul dahulu.

Jadi bolehkah ustaz terangkan dengan lebih terperinci agar dapat saya fahami hukumnya dengan lebih jelas kerana saya dan ahli keluarga kini berbeza pendapat tentang hukum ini.

Sekian, :wassalam

SJ-12-0301 : Keliru: Hukum Pakai Gelang/Rantai Kaki.

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Gelang kaki adalah perhiasan yang diharuskan untuk wanita, dan ia dipakai oleh wanita sejak zaman nubuwwah.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Anas bin Malik ketika menceritakan detik kekalahan Muslimin dalam Peperangan Uhud:

æáÞÏ ÑÃíÊ ÚÇÆÔÉ ÈäÊ ÃÈí ÈßÑ æÃã Óáíã æÅäåãÇ áãÔãÑÊÇä ÃÑì ÎÏã ÓæÞåãÇ ÊäÞÒÇä ÇáÞÑÈ

Maksud: Aku melihat Aisyah binti Abi Bakr dan Ummu Sulaim, mereka mengangkat kain sarung mereka, aku melihat gelang-gelang kaki mereka berdua, sambil mereka mengangkut bekas-bekas berisi air.

(Perhatian: Waktu itu belum diturunkan ayat kewajipan berhijab).

Tetapi, mestilah menjaga larangan syarak yang tersebut dalam Quran, iaitu:

- Hanya didedahkan kepada suami atau mahram. Rujuk: Surah Al-Nur: 35.

- Tidak boleh menghentakkan kaki supaya dapat didengari perhiasan yang diletakkan pada kakinya. Rujuk: surah Al-Nur: 35.

Wallahu A'lam.