SJ-12-0358 : Kahwin Semasa Hilang Akal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0358 : Kahwin Semasa Hilang Akal

:salam
mohon penjelasan berkenaan dengan lelaki telah mengalami kemalangan sehingga hilang ingatan... sehingga nama sendiri pun tak tau... kemudian keluarganya mengahwinkanya. persoalannya adakah sah perkahwinan tersebut? kerana dia tidak sedar dan tahu akan asal-usul dirinya sendiri.
terima kasih. :wassalam

Re: kawin semasa hilang akal

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jumhur ulama berpendapat boleh dikahwinkan seseorang lelaki yang hilang akal, samada gila, atau kurang siuman. Kerana lelaki yang tidak berakal juga mempunyai naluri keinginan seperti orang lain, dan memerlukan kepada isteri yang menguruskannya.

Malahan jika didapati naluri syahwatnya tidak dapat dikawal, hukum mengahwinkannya boleh bertukar daripada harus kepada wajib, demi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar seperti rogol dan cabul.

Tetapi akad perkahwinan hendaklah dilakukan oleh walinya.

Dalam menikahkan orang tidak siuman, hendaklah menjaga syarat-syarat ini:

1- Pihak isteri mengetahui bakal suaminya adalah gila atau tidak siuman. Jika tidak dinyatakan keadaan ini, ia dianggap sebagai menipu dan perkahwinan boleh difasakhkan.

2. Jika pengantin lelaki gila, pengantin perempuan mestilah siuman seperti orang lain. Kerana kalau dua-dua gila, maka hancurlah rumahtangga.

3. Isteri yang siuman tersebut mestilah terjamin keselamatannya. Jika suaminya yang tidak siuman jenis bertindak kasar di luar batasan, tidak boleh dikahwinkan kerana mendatangkan mudarat kepada pihak lain.

4. Pihak wali mestilah bersetuju dan redha dengan perkahwinan tersebut. Jika tidak redha kerana malu atau sebagainya, tidak boleh diteruskan perkahwinan.

Wallahu A'lam.