SJ-13-0041 : Sambungan SJ-13-0040

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0041 : Sambungan SJ-13-0040

:salam

Maaf sbb saya memang masih kurang jelas fasal apa yang diutarakan olah VHoutenJr - SJ-13-0040, dr jawapan yg diberi oleh tuan kamin, saya hanya paham bila ia dikatakan ada unsur perjudian tidak dibenarkan dan jika ada persetujuan antara pemain dibenarkan.
Kalau katakan jika pemain yang ingin bermain dimestikan membayar deposit RM 1000 (katakan) dan wang itu tetap akan dipulangkan selepas game tu, kalah atau menang sekalipun.. bagaimana pula kalau mcm tu?
:roll:

Hope i can get more info 'bout dis!
Thank You! :)

-Allah Maha Besar, Allah Maha Besar-

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0041 : Sambungan SJ-13-0040 - status pertandingan

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr annahs dengan kadar yang mampu, Insyallah.

kamin menulis didalam SJ-13-0040 :

Quote:
Prinsip asasnya ialah ia harus bebas dari unsur-unsur yang haram - sebagai contoh : semua pemain dan pasukan harus membayarnya. Akan tetapi jika pemain bersetuju bahawa pihak yang kalah akan membayar untuknya atau mereka yang lain, dan si-pemenang tidak perlu membayar apa-apa, maka ini dinamakan sabaq (hadiah wang) dan ia juga menyerupai pertaruhan didalam permainan.

Maksudnya : walaupun jika semua pemain bersetuju, si-kalah kena bayar kepada si-pemenang, maka ini merupakan unsur BETTING atau PERTARUHAN, dan tidak dibenarkan didalam Islam. Prinsip permainan yang dibenarkan ialah, kalah atau menang, tidak merugikan kos keatas mana-mana pihak. Pertandingan yang merebut 'prize money' hanya dibenarkan bagi pertandingan yang berunsur jihad and Islam secara umumnya menurut maksud hadith ini :-

áÇ ÓÈÞ ÅáÇ Ýí äÕá Ãæ ÎÝ Ãæ ÍÇÝ
"Tidak ada sabaq (hadiah wang/kemenangan) melainkan memanah, pertandingan kuda dan pertandingan unta" - [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1700; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi]

Jika scenario yang sdr bawa tadi iaituh pemain kena mendepositkan sejumlah wang dan selepas permainan akan dipulangkan, ini tidak menjadi masalah, kerana kalah menang tetap akan menerima wang deposit tersebut. Ia tidak mengandungi unsur perjudian. Menurut Shiekh al-Mawirdi al-Shaafa'i :

: ÇáãíÓÑ - åæ ÇáÐí áÇ íÎáæ ÇáÏÇÎá Ýíå ãä Ãä íßæä ÛÇäãÇð Åä ÃÎÐ ¡ Ãæ ÛÇÑãÇð Åä ÃÚØì
"Judi : mereka yang terlibat samada jika dia MENANG dia akan mengambil atau jika dia KALAH dia akan memberi"

Jika tidak terdapat mana-mana pihak yang rugi dan tidak ada unsur-unsur pertaruhan, maka sesuatu pertandingan itu tidak dikira berjudi, melainkan terdapat unsur-unsur haram yang lain i.e. buka aurat, melepaskan percakapan yang kotor dsb.

Sila rujuk soalan lepas :

SJ-13-0003 : Status Pertandingan (SMS) Dlm Islam ??? : url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26428

WA, wassalam

خيرالأمين