SJ-13-0072: melupus tisu manusia

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0072: melupus tisu manusia

Salam. Saya keje kat makmal tisu di hospital awam. Tisu/organ manusia tu kami terima lepas pembedahan dan post mortem. Sekarang ni tisu tu (muslim dan non-muslim) dilupuskan dgn cara bakar oleh syarikat swasta.
Soalan saya

1) Dari hukum islam ok ke?
2) Kalau nak tanam tisu muslim memadai ke dgn basuh dgn air sahaja.
3) Tisu/organ manusia tu kami awet dgn formalin iaitu sejenis bahan kimia yang diketahui merbahayanya. Bole sebabkan kanser jika hidu dalam jangka masa panjang. Kalau di basuh pun payah formalin ni nak hilang dari tisu tuh. Camna ye?

Terima kasih

Re: melupus tisu manusia

Jawab
Salam

Ini adalah soalan yg perlu diajukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) atau pejabat Mufti negeri-negeri untuk menentukan prosedur sebenar pelupusan sisa organ milik orang Islam. Kerana kita tahu proses pelupusan secara membakar adalah amat sensitif kepada umat Islam. Kami di alAhkam tidak boleh mengeluarkan fatwa-fatwa baru spt yg diajukan. Kami katakan ia adalah isu2 fiqih yg baru kerana hal2 spt ini tidak ujud di zaman silam.

Kaedah pelupusan yg ideal menurut syara' ialah, organ2 umat Islam hendaklah dilupuskan secara di tanam tanpa melalui ritual jenazah di kawasan khas, tidak semestinya tanah kubur, dan kawasan itu boleh diguna secara berulang bila dipastikan sisa organ itu telah reput semuanya. Jika mayat orang Islam: Ideal juga organ2 itu dikembalikan kepada mayat asalnya (jika yg diautopsi itu adalah mayat) supaya sifat2 mayat itu cukup. Jika yg ditemui itu adalah cebisan mayat orang Islam, ia hendaklah melalui ritual urusan jenazah syara'iy dan dikuburkan (pendapat Syafi'iyah).

Kami hairan jika tiada garispanduan JAKIM dalam hal ini.

sekian