SJ-13-0177 : hukum menyimpan janggut dan jambang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0177 : hukum menyimpan janggut dan jambang

apakah hukum menyimpan janggut dan jambang.Adakah harus, wajib atau sunat. :wassalam

SJ-13-0177 : hukum menyimpan janggut dan jambang

waalaikumussalaam...

susah jg nak menjawab ni...

1- kalau diikutkan fakta, memang Rasulullah SAW menyimpan janggut n jambang. jambang ni sebenarnya termasuk di bawah perkataan 'lihyah'. Janggut Rasulullah SAW menutupi lehernya jika dilihat dari hadapan. rujuk Syamaail Muhammadiyyah karya al Tirmizi, ada diterjemah dalam Indonesia.
Takhriij thtl: terbitan CV Deponegoro, Bandung, 2003 oleh M Tarshi Hawi

2- Ibn Hajar dalam Fathul Bari telah membincangkan benda ni ketika beliau menghuraikan hadith perintah Rasulullah SAW supaya para sahabat menyimpan jambang n janggut. kesemua pendapat yg disebut oleh Ibn Hajar dalam menghuraikan hadith tu cenderung kepada hukum wajib. cuma boleh dikemaskan janggut tu supaya tidak nampak terlalu tidak terurus sampai menjejaskan maruah kita.

Takhriij thtl: alFath, Jilid 10/ms 296

3- perlu diingat bahawa hadith2 ttg janggut ni hadith berbentuk kata2 Rasulullah SAW berbentuk perintah. sebab tu ulama2 berbincang sama ada wajib atau sunat. tapi seperti yg ana sebut, ulama2 terdahulu lebih kepada wajib.

4-PRof. Dr. Yusof al Qaradawi pula merumuskan dalam bukunya alHalal wa alHaram bahawa janggut ni lebih kepada sunnah yang digalakkan tetapi beliau mengingatkan bahawa para ulama zaman berzaman tak pernah cukur janggut. so amat tidak digalakkan kita mencukurnya

tahqiq thtl:
Dalam kitabnya yang terkini dari siri Taysir alFiqh siri 2, jodol Fiqh Taharah , maktabah wahbah, edisi 1, 2002, hukum menyimpan janggut ialah sunnat muakkad. Berdasarkan rumusan ulama' usyul spt alZarkashi (Bahr alMuhith), " asal perintah al-Qur:an adalah wajib, manakala asal perintah asSunnah ialah sunat dan bersifat anjuran sahaja.

5- senang cerita, utk selamat, simpan je la walaupun sedikit sahaja. janggut itu perhiasan lelaki.

tahqiq thtl:

fatwa latest alQardhawi (13/04/06)ketika ucaptama di Univ al-Azhar, " janggut ni ditekankan kepada ulama'. amat ganjil bila si alim mencukur janggutnya."