SJ-13-0316 : Buang air kecil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0316 : Buang air kecil

Assalamualaikum

Kepada ahli panel, apakah hukum seseorang tu jika buang air kecil berdiri?

tu je, wassalammualaikum

SJ-13-0316 : Buang air kecil

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

-Sunnah ketika buang air kecil ialah duduk, dan makruh secara berdiri. Berdasarkan hadis Aisyah r.a.: "Sesiapa yg mengkhabarkan kepada kamu bahawa Rasulullah SAW kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. Baginda tidak pernah kencing melainkan posisi duduk".
HR Tirmizi (no: 12) Katanya: Hadis Aisyah adalah paling baik dan paling sahih dalam bab ini.

-Sabit dalam hadis sahih Nabi SAW pernah buang air kecil secara berdiri di satu kawasan tempat pembuangan sampah. Bukhari (no: 222) dan Muslim (no: 273).

Hadis ini tidak bercanggahan dengan hadis Aisyah, kerana kelaziman baginda ialah buang air secara duduk (sbagaimana kata Aisyah), tetapi disebabkan illah tertentu baginda buang air pada suatu hari secara berdiri. Ataupun baginda lakukan untuk menunjukkan keharusan.

-Keringanan dibenarkan kencing berdiri diriwayatkan daripada sebilangan sahabat seperti Umar, Ibn Umar, Ali, Zaid bin Thabit dll.

-Manakala hadis yg melarang kencing berdiri iaitu Nabi bersabda: "Wahai Umar, Jangan kencing berdiri", dhoif kerana terdapat perawi yg dhoif di sisi muhaddithin sebagaimana kata Tirmzi dalam Sunannya 1/17.

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/84
-Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/84-85
-Fatawa Lajnah Daemah 5/225