SJ-13-0377 Negeri Najd tempat fitnah & keluar tanduk sya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0377 Negeri Najd tempat fitnah & keluar tanduk sya

Úä ÇÈä ÚãÑ –ÑÖíÇááå ÚäåãÇ- ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå –Õáì Çááå Úáíå æÇáÓáÇã- : "ÇááåãÇ ÈÇÑß áäÇ Ýí ÔÇãäÇ, "ÇááåãÇ ÈÇÑß áäÇ Ýí íãÇäíäÇ", ÞÇáæÇ íÇ ÑÓæá Çááå æÝí äÌÏäÇ, ÞÇá : "ÇááåãÇ ÈÇÑß áäÇ Ýí ÔÇãäÇ, ÇááåãÇ ÈÇÑß áäÇ Ýí íãÇäíäÇ", ÞÇáæÇ íÇ ÑÓæá Çááå æÝí äÌÏäÇ, ÞÇá:" åäÇß ÇáÒáÇÒá æ ÇáÝÊä æÈåÇ íØáÚ ÞÑä ÇáÔíØÇä" ( ÃÎÑÌ ÇáÈÎÇÑí ).
Artinya : Dari Ibnu Umar (Radiallahu 'Anhuma) beliau berkata : bersabda Rasulullah (Shalallahu 'Alahi Wassallam) : "Ya Allah berikanlah berkah kepada kami (dan kepada) negara Syam, Ya Allah berikanlah berkah kepada kami (dan kepada) negara Yaman", berkata orang-orang Najd : "dan negeri kami Ya Rasulullah ?", "Ya Allah berikanlah berkah kepada kami (dan kepada) negara Syam, Ya Allah berikanlah berkah kepada kami (dan kepada) negara Yaman", berkata orang-orang Najd : "Dan negeri kami Ya Rasulullah ?". Bersabda Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassallam): “Dari negri Najd timbulnya gempa dan dari sana timbulnya fitnah, dan dari sana pula munculnya tanduk syaithan". (HR Bukhari).

Boleh al-fadhil ustaz jelaskan dengan lebih detail tentang hadis ni sebab saya ada baca bahawa hadis ni digunakan sebagai hujjah oleh ulama-ulama semasa pemerintahan Sultan Mahmud II Al-uthmani 1808 untuk menghalalkan tindakan pihak Daulah Uthmaniyah menyerang dan menghapuskan pemberontakan Syeikh Muhammad Abdul Wahab di Najd. Juga hadis ni digunakan sekarang oleh pihak yang anti-Wahabi.

:wassalam

SJ-13-0377 Negeri Najd tempat fitnah & keluar tanduk sya

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Syubhah ini telah dijawab uleh ulama, dan ada beberapa kitab dikarang khas menolak tuduhan golongan yang memusuhi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini. Manakala dalam Bahasa Melayu, Dr Azwira Abd Aziz (Pensyarah UKM) telah menjawab persoalan ini, dan boleh dibaca artikelnya di sini:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15497

- Golongan yang menggunakan hadis ini untuk menuduh Syeikh Muhammad sebagai punca fitnah, SAMA perangainya dengan golongan Syiah yang menggunakan hadis ini untuk mengatakan Aisyah r.a. sebagai punca fitnah. Kerana dalam satu riwayat, Nabi SAW ketika mengungkapkan hadis ini baginda berpaling ke arah rumah Aisyah. Lalu Syiah mengatakan yg dimaksudkan dalam hadis ini ialah beliau. Begitulah sunnah mereka yang benci kepada kebenaran, memesongkan kalam Rasul mengikut hawa nafsu.

- Golongan yang menafsirkan hadis Nabi mengikut hawa nafsu mereka dengan tujuan menyakitkan orang-orang yang beriman, sebenarnya telah membuat satu pendustaan besar dan mereka mestilah takut dengan ayat Allah ini:

æóÇáøóÐöíäó íõÄúÐõæäó ÇáúãõÄúãöäöíäó æóÇáúãõÄúãöäóÇÊö ÈöÛóíúÑö ãóÇ ÇßúÊóÓóÈõæÇ ÝóÞóÏö ÇÍúÊóãóáõæÇ ÈõåúÊóÇäðÇ æóÅöËúãðÇ ãøõÈöíäðÇ

Maksudnya: Dan mereka yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul pembohongan dan dosa yang nyata. (Al-Ahzab: 58)

Wallahu al-Muwaffiq Ila Sawa' al-Sabil.