SJ-13-0383 : Dilema Mencari Guru

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0383 : Dilema Mencari Guru

kawan saya ada mengajak belajar terjemahan alquran dirumahnya.

bagaimana saya nak pastikan guru yg mengajar tu benar atau terpesung....tolong lah dalam dilema ni,kerana banyak sangat anasir2 ajaran sesat ni

SJ-13-0383 : Dilema Mencari Guru

Al-hamdulillah...

Al-Jawab....

Apa yang boleh kami cadangkan dalam permasalahan yang menimpa saudara ini ialah dengan tidak meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap apa yang disebut atau diterangkan oleh guru yang mengajar saudara.Sekiranya terdapat sebarang keraguan yang timbul dihati saudara terhadap penerangan atau ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut , saudara bolehlah merujuk kembali kenyataan guru tersebut kepada mana-mana para alim ulama atau guru-guru agama lainnya , terutama kepada mereka yang memang telah terbukti keilmuannya serta mendapat pengiktirafaan dari msyarakat , untuk memastikan samada kenyataan dari guru tersebut adalah benar-benar sahih dari ajaraan Islam serta tidak bercanggah dengan kehendak Allah swt.

Malah disebut dalam kitab Usul al-Da'wah , As-Syaikh Dr. Abd Karim Zaidan , bahawa orang awam berhak bertanya dengan mana-mana individu lain yang dirasakan lebih alim dan arif jika ianya tidak berpuas hati dengan jawapan dari seseorang (ulama ) terhadap sesuatu isu atau kemusykilan yang diutarakan.

Maka kesimpulannya , saudara boleh mengikuti kelas pengajian tafsir al-Quran tersebut , tetapi mestilah sentiasa berhati-hati dengan segala ilmu yang diterima agar saudara benar-benar mendapatkan ilmu yang benar-benar sahih datangnya dari Allah swt.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com