SJ-13-0406 : Musykil lagi... (Siapa Mahmud Pasya?)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0406 : Musykil lagi... (Siapa Mahmud Pasya?)

:salam

Soalan dibawah ini ada seorang sahabat ana yang membaca artikel Maulid: PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

saya nak tanya..pada perenggan di bawah ini dinyatakan bahawa kajian telah dibuat oleh Mahmud Pasya tetapi kekurangan rujukan iaitu siapakah Mahmud Pasya?Benarkah dia ahli falak?

Quote:
Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.

saya hanya mengenali Pasya yang suatu ketika dahulu pernah menguasai negara mesir tetapi Pasya yang ini bagaikan tiada sebarang sumber rujukan...boleh panel fiqh tunjukkan untuk memenuhi kriteria ilmiah?

terima kasih.

SJ-13-0406 : Musykil lagi... (Siapa Mahmud Pasya?)

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mahmud Pasha ( ãÍãæÏ ÈÇÔÇ ) memang merupakan Ahli Falak Mesir yang terkenal pada abad ke 18.

Mahmud Ahmad Hamdi merupakan seorang kelahiran Barat Mesir. Bapanya seorang petani. Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah Agama di kampongnya. Beliau merupakan anggota pasukan laut (Navy), dan merupakan lulusan Kolej Marine di Iskandariah. Beliau graduate pada tahun 1833 dengan Kepujian.

Beliau telah melanjutkan pelajaran di Kaherah dengan pertolongan Abangnya dan mendapat kepujian pada tahun 1839. Seterusnya beliau telah dilantik menjadi guru Matematik. Sebagai seorang jurutera muda yang bijak, beliau telah menguasai Bahasa Perancis. Seterusnya beliau telah mendalami ilmu Solid State Geometry dan Trigonometry, dan telah belajar dibawah tangan Ali Mubarak yang bertanggung jawab menghantar Mahmud melanjutkan pelajaran di Perancis didalam bidang Astronomi (Falak) pada tahun 1850.

Mahmud pulang ke Mesir pada tahun 1859. Beliau pernah menjadi Guru Besar sekolah pada tahun 1871 dan berkhidmat di Jabatan Kaji Cuaca (Meteorologi). Pada tahun 1882 beliau bekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan Anggota Institut Sains di Perancis. Pada akhir hayatnya beliau telah menjadi Presiden Eqyptian Geographical Society sehinggalah beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1885.

Diantara sumbangan beliau :

a. Menterjemah buku Kalkulas dari Bahasa Perancis ke Bahasa Arab.

b. Menjalankan kajian pemetaan saintifik Negara Mesir, dimana beliau telah membentuk pasukannya yang terdiri dari jurutera-jurutera muda. Didalam peta tersebut beliau telah menidentifikasikan sumber air, sumber asli, mendefinasikan cabang-cabang Sungai Nile. Beliau juga telah meletakkan nama-nama Bandar dan kampong didalam peta tersebut. Projek ini memakan masa 10 tahun untuk disiapkan.

c. Beliau telah membantu kerajaan Mesir mewujudkan tempat pemerhatian astronomi, dimana tugas-tugasnya termasuklah mewujudkan bangunan dan peralatannya dengan bantuan beberapa organisasi dari Eropah. Beliau telah menukar tempat pemerhatian astronomi dari Boulak ke Padang Pasir Abbasid (ditempat Universiti Ain Shams sekarang) dan menyiapkan kerjanya pada tahun 1864.

d. Beliau banyak menghabiskan masa melibatkan diri didalam kerja-kerja astronomi didalam menentukan waktu, masa dan sebagainya sehinggalah akhir hayat beliau.

e. Beliau terkenal dengan kajiannya terhadap permasalahan yang diakibatkan oleh Sungai Nile. Diantara kajian beliau yang terkenal adalah "Ramalan jumlah banjir yang diakibatkan oleh Sungai Nile sebelum berlaku banjir" ( ÇáÊäÈÄ Úä ãÞÏÇÑ ÝíÖÇä Çáäíá ÞÈá ÇáÝíÖÇä ). Kajian ini telah menjadi asas kepada kerja-kerja irrigasi di Mesir.

f. Pencapaian terbaik beliau adalah didalam idea beliau yang kreatif dialam bidang astronomi. Beliau telah menulis buku yang sangat berharga yang bertajuk “ ÇáÙæÇåÑ ÇáÝáßíÉ ÇáãÑÊÈØÉ ÈÈäÇÁ ÇáÃåÑÇã ” (atau maksudnya – Phenomena astronomi berkaitan dengan pembinaan pyramid).

g. Beliau banyak menulis didalam majalah saintifik didalam Bahasa Perancis yang diedarkan oleh Akademi Sains Eropah.

h. Beliau telah di panggil oleh Akademi Sains Perancis didalam operasi kajian Gerhana Matahari pada 18 Julai 1860. Hasil dari ini beberapa misi kajian saintifik telah dicetuskan dimana skopnya meliputi kawasan California di USA sehinggalah ke Abyssinia.

Sekian, wassalam

Sumber :
ãÍãæÏ ÈÇÔÇ ÇáÝáßí ãä ÇáßõÊøóÇÈ Åáì ÇáãÑÕÏ
http://www.islamonline.net/Arabic/Science/2000/12/Article1.shtml

خيرالأمين