SJ-13-0407 : wajib berbinkan ayah kandung walaupun kafir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0407 : wajib berbinkan ayah kandung walaupun kafir

ÈÓã Çááå

Quote:
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Yang dimaksudkan dalam hadis ini, bukanlah perasaan benci kepada ayah. Tetapi benci untuk menisbahkan dirinya kepada ayah kandungnya, seperti tidak mahu berbinkan ayahnya, tetapi mahu berbinkan kepada orang lain selain ayahnya.

- Hadis ini menyebut sesiapa yang benci menisbahkan dirinya kepada nama ayah sebenarnya, sebagai satu kekufuran. Tafsiran kufur di sini ialah:

i- kufur nikmat, yang tidak mengeluarkan daripada agama.

ii- kufur agama, iaitu bagi orang yang mengHALALkan perbuatan itu. Sesiapa yang menghalalkan berbinkan kepada bukan ayahnya maka dia jatuh kafir. Kerana banyak nas-nas yang melarang berbinkan kepada bukan ayah sendiri.

Rujukan:
-Syarah Sahih Muslim, Nawawi 2/51-52

salam..nak tanya.. kalau ayah itu non muslim sdgkan anaknya muslim hadith ni apply x?

nk reply dalam thread tu tapi tak leh..

SJ-13-0407 : wajib berbinkan ayah kandung walaupun kafir

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Nas-nas yang menyuruh supaya dinisbahkan seseorang kepada ayahnya adalah umum samada ayahnya Islam ataupun kafir.

Kerana dalam Quran, Allah Taala mengisbatkan (mengekalkan) nasab seseorang kepada ayahnya sekalipun mereka berlainan agama.

Seperti firman Allah Taala:

æÇÐßÑ Ýí ÇáßÊÇÈ ÅÈÑÇåíã Åäå ßÇä ÕÏíÞÇ äÈíÇ ÅÐ ÞÇá : áÃÈíå íÇ ÃÈÊ áã ÊÚÈÏ ãÇ áÇ íÓãÚ , æáÇ íÈÕÑ , æáÇ íÛäí Úäß ÔíÆÇ

"Dan ceritakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) tentang Nabi Ibrahim, sesungguhnya dia seorang yang siddiq dan seorang nabi. Ingatlah ketika dia berkata kepada ayahnya: Wahai ayahku, kenapa kamu menyembah suatu yang tidak mendengar.....". (Maryam: 41-42)

Berdasarkan ayat ini dan beberapa ayat lain, Imam Syafie berkata: Allah Taala membezakan antara mereka dari sudut agama, dan tidak memutuskan nasab-nasab antara mereka. Maka ini menunjukkan bahawa nasab tidak ada kaitan dengan agama.

Kata Imam Syafie lagi: Nasab adalah suatu yang kekal dah tidak hilang. Sedangkan agama adalah suatu yang boleh dimasuki ke dalamnya (dengan menganut Islam) dan boleh keluar daripadanya (dengan murtad).

Kata beliau lagi: Anak Nabi Nuh dinasabkan (dibinkan) kepada beliau sedangkan anaknya kafir. Nabi Ibrahim dinasabkan (dibinkan) kepada ayahnya sedangkan ayahnya kafir. Dan Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, jangan kamu ditipu daya oleh syaitan" (Al-A'raf: 27). DInasabkan seluruh anak adam yang beriman dan yang tidak beriman kepada baginda.

Kata Syafie lagi: Dengan perintah Allah Taala, Rasulullah SAW menasabkan kaum Muslimin kepada ayah-ayah mereka samada ayah-ayah mereka beriman atau kafir.

Oleh itu, kewajipan menasabkan atau berbinkan kepada ayah kandung adalah umum samada ayahnya Islam atau kafir.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Al-Umm oleh Imam Syafie 4/131