SJ-13-0451 : Aurat anak lelaki dengan ibunya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0451 : Aurat anak lelaki dengan ibunya

:salam

Adakah benar aurat anak lelaki yg sudah baligh dgn ibunya adalah sama spt aurat anak itu dgn org lain?maknanya auratnya adalah antara pusat dan lutut?

Adakah ia juga terpakai terhadap anak perempuan dgn ayahnya?

harap dpt pencerahan segera.

jkk...

:wassalam

SJ-13-0451 : Aurat anak lelaki dengan ibunya

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Had aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut sebagaimana telah kami jelaskan dalam SJ-13-0445 : peha lelaki aurat?
Seorang yang sudah mukallaf (aqil, baligh) haram mendedahkan auratnya kecuali di hadapan isterinya dan hamba sahayanya. Maka tidak boleh mendedahkan auratnya di hadapan ibunya atau kakak-kakaknya.

Sabda Nabi SAW:

ÇÍÝÙ ÚæÑÊß ÅáÇ ãä ÒæÌÊß Ãæ ãÇ ãáßÊ íãíäß

Maksudnya: Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki. Direkod oleh Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain.

2) Berkenaan dengan aurat wanita dengan ayah kandung pula, Quran telah menjelaskan:

æáÇ íÈÏíä ÒíäÊåä ÅáÇ áÈÚæáÊåä Ãæ ÂÈÇÆåä Ãæ ÂÈÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÃÈäÇÆåä Ãæ ÃÈäÇÁ ÈÚæáÊåä Ãæ ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÅÎæÇäåä Ãæ Èäí ÃÎæÇÊåä Ãæ äÓÇÆåä Ãæ ãÇ ãáßÊ ÃíãÇäåä Ãæ ÇáÊÇÈÚíä ÛíÑ Ãæáí ÇáÅÑÈÉ ãä ÇáÑÌÇá

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31).

Anggota-anggota yang boleh menerima perhiasan seperti rambut, tangan, kaki, betis, bahagian atas dada, harus didedahkan kepada mahramnya selagi tidak membawa fitnah lain. Manakala anggota yang tidak boleh menerima perhiasan, seperti perut, paha, dan dada hanya khas untuk suaminya sahaja.

Wallahu A'lam.