SJ-13-0458 : SIAPA IBN AL-SUNNI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0458 : SIAPA IBN AL-SUNNI

Assalamualaikum,
Ada tak ikhwah2 yang boleh ceritakan siapa Ibn Sunni. Macamana status hadis2 riwayat beliau..
Dalam kitab al-Azkar Imam Nawawi dgn kitab Itqan Fi Ulum Quran, al-Suyuthi byk hadis2 daripada riwayat beliau..

SJ-13-0458 : SIAPA IBN AL-SUNNI

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Secara ringkas:

Nama beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Ishaq Al-Dinawariy, dan dikenali dengan 'Ibn Al-Sunni'.

Berguru dengan Imam Nasai, Al-Saji dan lain-lain.

Karangan beliau yang masyhur ialah: Úãá Çáíæã æÇááíáÉ (Amalan Siang dan Malam). Karangan beliau ini dipuji oleh ramai ulama. Malahan ia antara karangan yang paling baik tentang amalan-amalan harian.

Kata Imam Nawawi dalam Azkar (m/s 13):
"Sekumpulan imam-imam menulis tentang amalan harian utnuk siang dan malam. mereka meriwayatkan di dalamnya dengan sanad-sanad yang bersambung dan jalur-jalur yang banyak. Antara yang paling baik ialah kitab 'Amalan Siang dan Malam' karya Imam Nasaie. Dan yang lebih baik, lebih bernilai dan lebih banyak faedah daripada itu ialah kitab 'Amalan Siang dan Malam', karya Imam Ibn Sunni".

Kitab Al-Azkar karya Imam Nawawi banyak dimuatkan di dalamnya hadis-hadis daripada kitab 'Amalan Siang dan Malam' oleh Ibn Sunni.

Darjat hadis-hadis di dalam kitab Ibn Sunni, tidak semestinya sahih. Kerana pengarang tidak mensyaratkan untuk iltizam dengan hadis-hadis sahih. Objektifnya ialah mengumpul hadis-hadis tentang amalan siang dan malam.

Wallahu A'lam.

- Tabaqat Ulama Hadis, Ibn Abdil Hadi