SJ-13-0464 : Kata2 Suyuti dan Muawiyah Bukan Khalifah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0464 : Kata2 Suyuti dan Muawiyah Bukan Khalifah?

:salam

Ana nak mintak tlg masyaikh ahkamerz,

1)Ana ada terbaca kata2 yang dinisbahkan pada al-Imam al-Suyuthi ttg khilaf "Apabila kamu berhadapan dgn permasalahan yg diperselisihkan (khilaf), maka keluarlah/elaklah dari perkara khilaf tersebut dan lakukan apa yg benar2 pasti bagi kamu." Ana nak mintak tlg ahkamerz tlg carikan sumber rujukan kata2 ni kalau boleh....

2)Benarkah yg dikatakan al-Khulafa' al-Rasyiduun tu hanya terbatas kepada khalifah 4 yg awal (Abu Bakr, Umar, Utsman, n Ali)? Apakah sahabah seperti Mu'awiyah yg juga merupakan sahabah Nabi n slh seorang kahlifah islam tak termasuk ke dalam senarai n gelaran "al-Rasyiduun"?

SJ-13-0464 : Kata2 Suyuti dan Muawiyah Bukan Khalifah?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Apa yang disebut adalah satu kaedah fiqhiyyah yang masyhur, iaitu: "Keluar daripada perselisihan adalah digalakkan (disunatkan)". Dalam Bahasa Arab, lafaznya:

ÇáÎÑæÌ ãä ÇáÎáÇÝ ãÓÊÍÈ

Kaedah ini disebut oleh Imam Suyuti dalam Al-Asybah Wa al-Nazhair, iaitu Kaedah Ke-12 daripada Kitab no-2. (halaman: 257).

2) Khulafa Rasyidun disebut dalam hadis "Dan (hendaklah kamu mengikut) sunnah khulafa rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku".
Direkod oleh Abu Daud (no: 4609) dan Tirmizi (no: 2676). Kata Tirmizi: Hadis Sahih.

Ulama menafsirkan mereka ialah: Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali. Malahan ada dinukilkan kesepakatan dalam fakta ini.

Dalilnya ialah hadis:

ÎöáÇóÝóÉõ ÇáäøõÈõæøóÉö ËóáÇóËõæäó ÓóäóÉð Ëõãøó íõÄúÊöì Çááøóåõ Çáúãõáúßó ãóäú íóÔóÇÁõ

Maksudnya: Khilafah kepada Kenabian ialah selama 30 tahun. Kemudian, Allah memberikan kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4649). Diperselisihkan pada kesahihannya.

Kata Ibn Abdil Bar (dalam kitab Tamhid): Tempoh tersebut (30 tahun) meliputi pemerintahan keempat-empat khalifah.

Kerana, pemerintahan Abu Bakr 2 tahun, Umar 10 tahun, Utsman 12 tahun, dan Ali 6 tahun.

Jadi, Muawiyah r.a. tidak termasuk dalam tempoh Khilafah Nubuwwah yang tersebut dalam hadis. Beliau adalah Raja Pertama dalam Kerajaan Islam.

Kata Ibn Taimiyyah: Dan sepakat ulama bahawa Muawiyah adalah semulia-mulia raja bagi umat ini. Empat orang sebelum beliau adalah khalifah Kenabian, sedangkan beliau adalah raja yang pertama. Dan kerajaan beliau adalah satu kerajaan yang penuh rahmat.

Wallah A'lam

rujukan:
- Tamhid; Ibn Abdil Bar
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah