SJ-14-0145 : sahih ke hadis ni..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0145 : sahih ke hadis ni..

ahli panel yg dirahmati Allah.

sy nk tny ttg kesahihan hadis ni:
Rasulullah pernah berkata..pada menantunya Ali r.a
"wahai ALi, apbila pgntin perempuan masuk ke dalam rumahmu,
maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk
& membasuh kedua-dua kakinya.
maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan
ALLAH mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu..
dan ALLAH menurunkn 70 rahmat yang sentiasa menaungi
di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai
penjuru rumahmu & pengantin itu sejahtera dari penyakit gila,
sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut.

LAranglah pengantin itu dari makan & minum
4 jenis makanan ini..
susu, cuka, ketumbar, & epal masam

saidina ALI bertanya..Kenapa..?

baginda menjawab..
"kerana rahim perempuan itu kering & sejuk
dengan ini sebab dari 4 perkara (mknn) ini..untuk menghalang
dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah
lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"

saidina ALi bertanya lagi..
::Kenapa cuka dilarang ( semasa haid & seminggu pertama perkahwinan)

baginda menjawab:
"apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya
itu tidak bersih selama-lamanya"

terima kasih.

SJ-14-0145 : sahih ke hadis ni..

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Dinilai PALSU oleh:

- Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 2/267
- Suyuti dalam al-Laali 2/142
- Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah m/s 126
- Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 3305)

Kerana di dalamnya terdapat: Abdullah bin Wahb al-Nasawi: Seorang dajjal (sangat berdusta), yang mereka-reka hadis terhadap perawi-perawi thiqah.

Wallahu A'lam