SJ-14-0182 : Surah Al-Qiyamah ayat 16

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0182 : Surah Al-Qiyamah ayat 16

:salam

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya. (75:16)

Adakah tidak boleh/elok untuk kita tergesa-gesa menghafal al-Quran sebelum memahami isi kandungannya?

SJ-14-0182 : Surah Al-Qiyamah ayat 16

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah. Firman Allah swt :

áÇó ÊõÍóÑøößú Èöåö áöÓóÇäóßó áöÊóÚúÌóáó Èöåö
dir="ltr">"Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)." [Surah al-Qiyamah : 16].

Menurut Ibn Jarir, ulama' khilaf mengenai tujuan ayat ini di turun. Diantara pandangan mereka adalah :-

a. Sebahagian ada yang mengatakan: "Hal itu dikatakan karena setiap turun ayat, Nabi ingin cepat-cepat menghafalnya, karena didorong rasa cintanya yang sangat kepadanya, maka lalu dikatakan: Jangan tergesa-gesa, Kami akan membuatmu hafal."

b. Pendapat yang kedua mengatakan: "Sebab dikatakan bahawa beliau terlalu banyak membaca karena takut lupa, maka lalu dikatakan: 'Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Qur'an karena hendak cepat-cepat (menguasai) nya!, Aku akan mengumpulkannya dan membacakannya kepadamu agar tidak lupa."

Ibn Kathir rh menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan Allah swt mengajar Rasulullah :saw bagaimana cara untuk menerima wahyu darJibril as. Sebelum ini Nabi :saw berusaha menghafal dan membaca wahyu tersebut semasa Jibril mebacanya. Maka Allah swt memberitahu baginda bahawa apabila Jibril membawa wahyu kepadanya, hendaklah baginda mendengar sahaja.

Allah akan pastikan al-Quran itu akan dikumpulkan didalam dadanya, dan Allah akan mempermudahkan beliau membacanya sebagaimana cara wahyu diturunkan kepada beliau. Allah akan menerangkan, mentafsir dan menjelaskan kepada beliau. Terbahagi 3 fasa menurut Ibn Kathir rh :-

a. Fasa pertama adalah Allah mengumpulkan didalam dada baginda,
b. Fasa kedua adalah membaca
c. Fasa ketiga adalah menjelas dan mentafsirkan maknanya. [Tafsir al-Quran al-Azhim, 4/555]

Dr Wahbah al-Zuhaily menjelaskan bahawa didalam ayat ini Allah menjamin pemeliharaan al-Quran kepada Nabi :saw selama-lamanya, iaitu : (1) mengumpulkan didalam dada Nabi :saw, (2)membacanya dan (3) mentafsirkan ayat dimana didalamnya terdapat Hukum, Halal dan Haram, Janji dan Peringatan Allah dan permasalahannya.

Pengajaran yang dapat kita ambil didalam ayat ini menurut Dr Wahbah al-Zuhaily adalah : "secara mutlak tidak dibenarkan seseorang itu tergesa-gesa, walaupun didalam perkara Agama" [al-Tafsir al-Munir, 15/288].

Bukanlah ia merupakan larangan menghafal sebelum memahami kandungannya. Bagi Nabi :saw, Allah swt memerintahkan baginda mendengar dahulu bacaan Jibril as, dan seterusnya Allah swt akan memerliharanya melalui 3 perkara yang disebutkan Ibn Kathir. Sebagai umat Nabi :saw, kaedah mendengar (listening) baik-baik, baru membacanya, mentelaahnya, merupakan cara pembelajaran yang terbukti. Natijah penting adalah, janganlah kita ini gesa-gesa didalam melakukan sesuatu perkara. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين