SJ-2098: mazhab...boleh pindah randah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2098: mazhab...boleh pindah randah?

:salam

Saya ada satu masalah. Kita ambil bab wudhu' misalnya. Setelah mengkaji dan meneliti nas dan dalil yg digunakan oleh imam2 mazhab, saya berhasrat untuk mengambil pendapat yang mengatakan tidak batal wudhu' selagi mana tidak diiringi dgn syahwat. Persoalannya perlukah saya memakai keseluruhan pendapat mazhab tersebut berkisar tentang wudhu'. Contohnya berkaitan anggota wajib menurut pendapat mazhab tersebut (kalau lain dgn mazhab syafi'i)? :confused:

(Contoh lain: Solat. Katakanlah kita mengambil pendapat imam Maliki yg tidak membacakan basmalah diawal surah al-Fatihah. Perlukah kita melakukan keseluruhan solat kita menurut cara mazhab Maliki) :confused:

:wassalam:confused:

Re: SJ-2098: mazhab...boleh pindah randah?

:wassalam
Apa yg sdr gayat risaukan itu sebenarnya isu "Talfik' yakni mencampurkan beberapa pendapat Imam dalam satu2 juzu' ibadah. Misalnya wudhu' cara Maliki, solat cara Hanbali, puasa cara Hanafi pula. Perbahasannya amat panjang sekali kerana sejak abad ke 4 lagi majoriti penegak madzhab menegah talfik dan mengancam siapa yg menukar madzhab akan dikenakan ancaman takzir (hukuman) (Durr alMukhtar).
Pendapat yg rajih (tepat) ialah jika anda sudah ada cita2 untuk ittiba' asSunnah (mengikuti sunnah nabi yg sahih), anda hanya mengamalkan Sunnah Nabawi yg paling sahih yg anda temui dan tanyakan kepada mujtahid.
Talfik yg tercela ialah mencari yg sesuai dgn hawa nafsunya dari kalangan Imam dan mujtahid. Jika yg anda carikan itu merupakan hasil tahqeeq dan tarjih (analisa dan kajian) para muqarran yg dipercayai, maka tembok besar madzhab atau the Berlin Wall dalam Fiqh itu sudah sampai masanya untuk dirobohkan. Jika tembok Berlin dan tembok Warsaw sudah runtuh kenapa umat Islam masih gerun dgn tembuk Hanbali-maliki-hanafi-syafi'iy. Global Fiqh adalah jawapannya (Fatawa Madinah Albani) WA