SJ-2256: Status Sultan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2256: Status Sultan

Bagaimanakah Islam memandang adat masyarakat Melayu di negara ini...yang apabila berjumpa Sultan/ Agong ...kena hormat, tunduk muka, dsbnya... dan juga penggunaan perkataan Duli Yg "MAHA" Mulia bla...bla..bla...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2256: Status Sultan

Jawab:
Memang benar, disepanjang sejarah, raja2 menjajah dan menghinakan rakyat mereka, bahkan berlaku sombong di muka bumi tanpa alasan yg dibenarkan (syara'). Mereka menyandang gelaran ketuhanan dan memaksa manusia menyembah mereka serta menyibarkan kebohongan dalam akidah mereka. Cth buruk ialah sejarah kesultanan Fir'aun: "aku adalah Tuhan kamu yg paling tinggi" (anNazi'at:24)
Di waktu yg sama ada pula sultan2 yg soleh, spt kisah Sulaiman dan Zulkarnain. (Dr Muhd Sayyid alMusayyar, Ibadah asySyaitan, darul Wafa, 1998)
Maka Malaya, proses pengIslaman Parameswara dan kerajaan Melayu Melaka hingga meliputi sultan2 yg lain termasuk sultan Sulu, Brunei, dan Patani terbantut dengan kedatangan kuasa Penjajah. Kuasa dan batas sultan melayu semakin terhad dan melalui pindaan perlembagaan, mereka boleh didakwa dan tidak lagi kebal sebagaimana dulu. Jika proses keIslaman itu dibenarkan berterusan, kemungkinan adat2 itu akan beransur-ansur dihapuskan. Ia semuanya bergantung kepada rakyat dan sejauh mana mereka ingin mengukuhkan sunnah dan menghindari bid'ah dalam akidah, ibadah dan adat mereka. jawapannya terletak pada rakyat, pemegang adat dan pencinta budaya. WA