SJ-2308: Pelbagai mengenai solat

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2308: Pelbagai mengenai solat

:salam

1. saya ada membaca yang solat itu tidak sah jika dilakukan tidak mengikut urutan. Maksudnya jika tertinggal solat zohor maka tidak sah solat asar hingga solat zohor itu ditunaikan (lebih kurang begitu, tidak ingat penerangan sebenar). Adakah pernyataan ini benar?

2. apakah hukumnya bersolat sendiri dalam masjid walaupun ketika itu ada org lain yg bersolat berjema'ah?

3. dalam arkib ada dinyatakan yang jika terbaca tahiyyat akhir dalm tahiyyat awal, maka perlu sujud sahwi. adakah hukumnya sunat juga?

4. adakah sujud sahwi itu sunat untuk semua kesilapan dlm solat, termasuk jika tertinggal rukun dan telah membuat rukun itu kemudiannya?

5. jika saya telah pun masbuk dlm solat berjema'ah dan kemudian menyambung solat selepas imam memberi salam dan kemudian ada orang datang menjadikan saya imam, apakah yg perlu saya lakukan? perlukah tetap niat solat sendiri?

6. jika saya berpegang pada pendapat yg perlu dibaca al-fatihah dalam setiap rakaat solat berjemaah, apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak sempat menghabiskan fatihah dan imam telahpun sujud?

7. adakah dibolehkan duduk tahiyyat akhir dengan keadaan duduk tawaruk tapi lutut kanan terangkat sedikit, tidak jejak lantai kerana bentuk fizikal badan yg besar?

Terima kasih kerana memberi peluang saya mengemukakan soalan.
:wassalam

Re: SJ-2308: Pelbagai mengenai solat

:wassalam
Jwb:
Hmm..oleh kerana soalan anda ni banyak pecahannya, maka kita jawab pun cara express aje lah.

1. Tertib atau urutan itu hanya sunat dalam Madzhab Nusantara (Syafi'iyah). Jika waktu solat tunai masih panjang, maka disunatkan mengqadhakan solat yg luput dulu. (Mughny Muhtaj, 1/137; alMuhadzab, 1/54). Syafi'iyah menggunakan dalil Perang Khandak di mana sebelum diturunkan sistem solat Khawf, Nabi saw luput solat Asr kerana gawat dlm peperangan parit. Hadis ini diriwayatkan oleh Jabir ra dan dikeluarkan oleh Syaikhan dan Imam Ahmad. Dalam hadis ini Nabi saw solat Asr dulu sebelum solat maghrib. Manakala Fiqh Salafiyah (Fiqh Imam Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim) dan Fiqh Zahiri tidak membolehkan solat qadha yg luput secara sengaja. Mana-mana solat yg luput dgn sengaja hendaklah bertaubat dan perbanyakkan solat sunat sahaja. WA

2. Si fulan yg solat sendiri sedangkan ada solat jama'ah di dalam mesjid itu adalah kaum yg bodoh.. Dalil: HR Bukhari (1:231); Muslim (1:327); Sunan alBaihaqee alKubra (3:132) dari Ibn Umar ra," solat berjama'ah itu melebihi solat sendirian (munfarid) 27X derjat." Solat munfarid itu sah menurut Syafi'iyah tapi batal menurut Hanbaliah (alMughny- 2:42) WA.
Bersambung

Re: SJ-2308: Pelbagai mengenai solat (S_Sahwi)

Perihal Sujud Sahwi:
1. Hukumnya: Wajib menurut jumhur kecuali Syafi'iyah. Imam Ibn Taymiyah (Majmu Fatawa lil Syaikhul Islam:23/26) mendokong pendapat jumhur kerana hadis2nya thabit ke tahap wajibnya sujud sahwi.
2. Bila sujud sahwi:
a. Sujud sahwi kerana lupa: misalnya lupa tasyahud awal, beri salam awal, solat lima raka'at (pada solat 4R), solat 3R pada solat 4R. Dalil: Musnad Ahmad (2:386); Bukhari (1:182 dan 1: 411) Muslim (1:410), Sunan nasa'iy (2:244); Sunan Abu Daud (1:272); Sunan Ibn Majah (1:381)
b. Ragu2 tentang bilangan raka'at solat
Dalil: Sahih Muslim (1:400 dari Abi Sa'eed); Musnad Ahmad (1:90 dari Abd Rahman bin Awf)
c. Sujud sahwi kerana meninggalkan sesuatu sunat solat
Dalil: Subulus Salam (1:285 dari Tsauban) "setiap kelupaan itu dua sujud." (Abu Daud)

Menjawab soalan anda:
3. Terbaca tasyahud akhir pada tasyahud awal.
Jawab:
tidak perlu sujud sahwi kerana tiada dalil menyuruhnya. Dalil hanya menyebut jika tidak membaca tasyahud saja yg perlu sujud sahwi.
4. Dalam madzhab Syafi'iy di luaskan sujud sahwi meliputi kesalahan rukun dan kebanyakan sunat, tapi pendapat yg rajih spt yg kita sebutkan di atas sahaja yg perlu sujud sahwi. WA

Re: SJ-2308: Pelbagai mengenai solat (3/Akhir)

Jawab:
5. Mengikut Fiqh Syafi'iy, masbuk tahap dua boleh berimamkan si masbuk tahap satu.. Niat tidak menjadi syarat Imam, maksudnya sunat saja Imam berniat sebagai Imam. Inilah pendapat Maliki, Hanafi dan Syafi'iy. Dalil: Bukhari(1:178 dari Aisyah ra, ada seketika Nabi saw solat sunat sendirian, datang sahabat mengikut baginda dibelakangnya."

6. Ia bergantung pada status anda:
a. Jika anda masbuk, maka anda boleh memotong alFatihah dan ruku' bersama Imam. Raka'at itu dikira menurut Syafi'iyah dan tidak dikira menurut ahli2 Hadis. Khilaf pada hadis: siapa yg mendapat ruku' mendapat raka'at." (Prof Hasbi Siddiqiey: Pedoman Solat)
b. Jika anda jenis slow dan Imam jenis laju, maka anda dibenarkan membaca alfatihah hingga selesai (alHumam alMisri, AQwal atTaam fi ahkam al makmum wal Imam).

7. Lakukan sekedar yg mampu. Dalil: "Allah menginginkan kamu kemudahan dan tidak menginginkan kamu keksusahan." firman Allah 2:185. WA