SJ-2343: Rencam (5 Kemusykilan)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2343: Rencam (5 Kemusykilan)

Assalamualaikum wmt Wkt ahli-ahli panel semua

1.Apa status kitab Durratun Nasihin dan Tanbihul Ghafilin
2.Apa hukum membeli barang diseludup dan dicuri
3.Apa garis panduan bagi pengharaman binatang dua alam
4. Hadis nabi ada menyebut semua yang dilaut halal dimakan , adakah ikan yang beracun boleh dimakan
5.Dalam Matan Taqrin Abi Sujak ada sebut "apa yang orang Arab pandang elok makan ia halal,.......apa yang org Arab pandang jelek maka ia haram" minta penjelas ahli panel tentang bab makanan ini.

Wassalam

Re: SJ-2343: Rencam (5 Kemusykilan)

:wassalam

1. Status dua kitab popular:
a. Durratun Nasihin oleh S. Uthman Khaubawi merupakan salah satu kitab kuning yg popular di pesantren dan pondok. Dipenuhi dgn cerita anih dan sumber hadisnya di luar dari 22 kitab hadis yg masyhur dalam ASWJ
b. Tanbihul Ghaafilin oleh Syekh Abi Laits alSamarqandi juga tidak menyatakan sumber hadisnya. Lebih baik dielakkan oleh muslim yg masih baru dalam mengenali ilmu Islam.
Sebagai alternatif:
Bacalah kitab alAzkar oleh Imam Nawawi dan Kitab Mau'izatul Mukminin (saringan Ihya' Ulumiddin) oleh alQasimi

2. Haram hukumnya jika diketahui itu barang curi atau seludup. Ini berdasarkan kaedah feqh: apabila sesuatu itu haram, yg ada kaitan dgn yg haram itu pun haram. Cth: arak itu haram, maka menyewakan kedai utk penjual arak juga haram hukumnya (Ibn Nujaim, asybah wan nazair)

3. Binatang dua alam adalah ketetapan dalam Fiqh Syafi'iy, Hanafi dan Hanbaliah (Fiqh Islami, Jld 3 (terjemahan DBP). Ia berdasarkan hadis RasuluLlah saw tentang katak yg mana nabi mencegah utk dimakan (hadis yg dikeluarkan oleh Abu Daud, Ahmad, dan Ishaq bin Rawahah). Hadis khusus yg menyebut dua alam itu tidak ada. Dasar yg rajih menurut Imam Rasyid Ridha ialah Islam mengharamkan apa jua yg khabithah (kotor), al Manar: 8/150; Tafsir Ibn Katheer, 2/254)

4. Benda yg beracun haram dimakan walaupun dari laut atau daratan. dalil: AQ alBaqarah: 195 (janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan)
AQ 4: anNisaa': 29 (janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri

5. Kaedah berpandukan orang Arab atau penduduk kota ini digunapakai dalam madzhab Hanbali dan Syafi'iy
Hanbaliah (alMughny: 8/585 dan Syafi'iyah (Mughny Muhtaj: 4/303) Dalil mereka: Al A'raf: 157. Dalam kaedah ini, jika menemukan binatang2 yg pelik hendaklah diajukan kepada orang Arab atau penduduk kota yg bangsawan kerana citarasa mereka juga boleh dijadikan panduan. Orang Arab kerana mereka bangsa pertama yg menerima wahyu dan mereka mempunyai citarasa yg bagus. WA