SJ - 2833: Hadith Rasulullah S.A.W

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2833: Hadith Rasulullah S.A.W

:salam

Berapakah jumlah kesemuanya ?

:wassalam

Re: Hadith Rasulullah S.A.W

Jumlah hadith

Musnad Imam Ahmad, menurut kajian ulamak kandungannya dianggarkan antara 30,000 hingga 40,000.

Bilangan hadith dlm sahih bukhari adalah sebanyak 9,082 hadith tetapi bila ditolak hadith yg berulang, maka jumlahnya ialah 2,602 hadith. Jumlah ini (2,602) tidak termasuk hadith2 mauquf dan perkataan2 tabiin. Walaupun begitu, terdapat juga hadith yg tidak dibuku oleh Imam Bukhari dlm sahih beliau kerana beliau berpendapat tidak mahu sahihnya terlalu panjang dan banyak pengulangan. Mungkin hadith yg ditinggalkan beliau, diambil oleh para imam hadith pada kmdn hari. Salah satu sebab lagi, Imam Bukhari mempunyai standard yg tinggi dlm mengklasifikasikan hadith berbanding dgn Imam lain, ini diikuti oleh Imam Muslim. Fuqaha meletakkan Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebagai yg tidak perlu dipertikaikan kesahihannya selepas Al-Quran.

Bilangan hadith dlm sahih muslim terdapat 3,033 hadith. Namun kalau dikaji dari segi isnadnya, mungkin jumlahnya 2 kali ganda dari jumlah asal.

Imam Abu Dawud di dlm mengarang sunannya, beliau memilih 4,800 hadith shj daripada jumlah 500,000 hadith.

Imam At-Tirmidzi dlm sunannya mengandungi 3,956 hadith.

Sunan Ibn Majah mengandungi 4,341 hadith (jumlah ini termasuk sahih, hasan, isnad yg lemah, munkar dan makzub).

Terdapat banyak lagi yg saya tidak sebut di sini seperti Ibn Khuzaimah, Imam Malik dlm Al-Muwattha, Ibnu Hibban dsb.

Pada pandangan saya yg dhaif, amat sukar utk kita mengetahui jumlah hadith yg sebenar walaupun soalan saudara penanya agak vague, kurang jelas, adakah saudara bertanya akan jumlah hadith sahih ataupun jumlah keseluruhan hadith termasuk hadith dhaif. Hadith maudhu’ tidak terkira banyaknya kerana pemalsuan hadith oleh kaum syiah rafidhah terlalu banyak.

Re: SJ - 2833: Hadith Rasulullah S.A.W

:wassalam
Pengesahan:
Lulus utk Paparan. JKK kpd sdr zayed.