SJ - 2931: Susulan SJ-903: Tatacara mandi Wajib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2931: Susulan SJ-903: Tatacara mandi Wajib

:salam
Dari jawapan tuan, salah satu pendapat tatacara mandi wajib ialah menghilangkan apa-apa yang menghalang air ke kulit dahulu sebelum meratakan air ke seluruh badan.

Oleh itu soalan saya adakah sah mandi wajib yang mana seseorang itu menghilangkan sesuatu yang menghalang air ke kulit sewaktu dia sedang meratakan air. Contohnya setelah niat saya meratakan air tetapi tiba-tiba di tengah-tengah meratakan air itu saya melihat ada lagi dakwat/air mani di badan lalu saya hilangkan kesan itu. Maka perlukah saya mengulang kembali menyampaikan air di kawasan-kawasan yang telah saya basahkan sebelum saya menghilangkan kesan itu?
Terima kasih

Re: SJ - 2931: Susulan SJ-903: Tatacara mandi Wajib

:wassalam
Jawab:
Yang wajib atau rukun2 mandi hanya dua sahaja: Niat dan meratakan air. Maka jika semasa mandi (meratakan air) anda menghilangkan mani atau kotoran itu adalah sah.

Idealnya atau afdhalnya kotoran atau mani itu dihilangkan sebelum memulakan mandian. Berdasarkan kaifiat mandi wajib yg thabit melalui hadis2 sahih spt alBukhari,Sahih: 1/102 dan Muslim, Sahih: 1/253) WA