SJ - 3120 : [G] Solat sunat Witir

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3120 : [G] Solat sunat Witir

:salam
Mohon bantuan ustaz-ustaz di al-ahkam utk memperjelaskan berkaitan subjek ini.

1. Makmum yg selesai melakukan solat tarawih 8 rakaat kemudiannya mengerjakan sunat witir tapi mengikut imam yang meneruskan solat tarawih i.e niat witir tapi ikut imam tarawih. Apakah ini dibolehkan?

2. Mengerjakan solat witir 3 rakaat dgn satu salam. Adakah perlu duduk (tahiyyat awal) pada rakaat ke 2 sebelum meneruskan rakaat ke 3?
Sekiranya kaedah No. 1 itu dibolehkan bagaimana utk melaksanakannya (berimamkan imam yang bersolat tarawih)?

Saya mengucapkan JazakalLah Khairan kpd yang membantu.

Re: SJ - 3120 : [G] Solat sunat witir

:salam

1. Fuqaha’ berbeza pendpt mengenai boleh atau tidak sseorang itu berimamkan orang yg mengerjakan solat lain daripada kita. Fuqaha’ syafi’I merupakan mazhab yg paling longgar mengenai pengsyaratannya.

Fuqaha’ syafi’I membolehkan seseorang itu berimamkan mereka yg solat lain. Cthnya, org solat fardhu sah solatnya berimaman org yg solat sunat. Begitu juga org yg solat sunat saha solat berimamkan org yg bersolat sunat yg lain darinya. Maka dari situ, berdasarkan mazhab syafi’I, boleh org yg bersolat witir berimamkan org yg sedang solat tarawikh. Namun, setelah selesai dua rakaat, hendaklah ia bangun pula utk mengerjakan satu rakaat witir bagi mengganjilkannya.(Fiqh Islami Jil 2(DBP m/s:245))

2. Seseorang itu tidak boleh mengerjakan solat sunat witir yg sama caranya dgn soalt maghrib. Ini berdasarkan kpd hadis berikut:

Dari Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jgnlah kamu bersolat witir sebagai 3 rakaat yg menyerupai solat maghrib.”[HR at-Tahawi, ad-Daruqutni dgn isnah yg sahih]

Maka berdasarkan hadis di atas, seseorang itu tidka boleh bersolat 3 rakaat witir yg mana pada rakaat awalnya dia bertashahud awal dan kemudiannya bangun utk rakaat ketika tanpa taslim. Namun dia boleh menghimpunkan 3 rakaat tanpa duduk tashahud iaitu terus bangun pada rakaat kedua. Namun cara yg terbaik pada pandangan fuqaha’ syafi’iyyah ialah melakukankan witir 3 rakaat dgn 2 salam. (The Night Prayers Qiyam & Tarawikh Compiled Muhammad al-Jibaly from works of Albani)

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3120 : [G] Solat sunat witir

JKK Ustaz gayat

خيرالأمين