SJ - 3163 : [Z] Persoalan zakat kpd kaum keluarga

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3163 : [Z] Persoalan zakat kpd kaum keluarga

:salam

ana ada sedkt kemusykilan. diharap pada sesiapa yang faqih dalam bidang ni dapat beri sdkt panduan @ penerangan secara terperinci ttg
kemusykilan ini.

Apakah hukumnya seorang kakak membayar zakat harta kepada adiknya sendiri dalam keadaan Adiknya masih lagi belajar ( menuntut di IPT)?
tolong jelaskan secara terperinci

Jazakumullah

:wassalam

Re: Persoalan zakat

:salam

Terdapat 2 pendapat samada diperbolehkan memberi zakat kpd kaum keluarga terdekat.

Qaul pertama:
Kpd ahli keluarga terdekat, ikatan kekeluargaan itu sendiri menjadi penyebab zakat tidak boleh diberikan kpd mereka. Sesetengahnya mengaitkan dgn kewajipan nafkah ke atas ahli keluarga yang kaya kpd ahli keluarga yang miskin. (Abu Ubaid, Al-Amwal & Imam An-Nawawi, Al-Majmu’)

Qaul kedua:
Ada sesetengah fuqaha mengatakan boleh (Al-Mughni 2/483).

Mengulas perbezaan pendapat ini, Al-Qardhawi (Fiqhuz Zakah) memilih pendapat membolehkan kecuali kpd ibu bapa atau anak. Menurut beliau, pendapat ini telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi spt mana yang ditegaskan oleh Abu Ubaid. Al-qardhawi memberikan 2 alasan utk memperkukuhkan hujjahnya:
1. Ayat2 Al-quran dan hadith Rasulullah S.A.W mengenai pengagihan zakat menyebut faqir miskin secara umum sebagai pihak2 yang berhak menerima zakat. Contohnya ayat quran(ÅäãÇ ÇáÕÏÞÇÊ ááÝÞÂÑÁ æÇáãÓÇßíä ) dan hadith ( íÄÎÐ ãä ÃÛäíÇÆåã æÊÑÏ Åáì ÝÞÑÇÆåã ). Menurut beliau, Al-Fuqara’ dan Al-Masakin dlm ayat tersebut dan hadith berkenaan digunakan dlm sifatnya yg umum sehingga merangkumi semua orang faqir dan miskin tanpa mengira samada mereka mempunyai pertalian kekeluargaan dgn pembayar zakat atau tidak.

2. Nas-nas yg khusus tentang galakan memberi sadaqah kpd kaum keluarga. Dlm nas spt itu, perkataan sadaqah digunakan secara umum dan tidak ada huraian dibuat. Ini bererti ia merangkumi sadaqah sunat dan sadaqah wajib.

Dalil:
áåÇÃÌÑÇä¡ÇÌÑÇáÞÑíÉ æÇÌÑ ÇáÕÏÞÉ. "- ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí"

“Yang akan memperoleh dua pahala, pahala berdasarkan keluarga dan pahala bersadaqah.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Qardhawi menolak pandangan bahawa memberi zakat kpd ahli keluarga terdekat adalah seperti memberi zakat kpd diri sendiri. Walaubagaimanapun pandangan ini benar sekiranya ia melibatkan suami isteri dan ibu bapa serta anak-anak. Ini kerana mereka berkongsi hidup di antara satu sama lain di mana menjadi kewajipan kpd mereka memberi nafkah. Sedangkah ahli keluarga yg lain tidak mencapai status seperti itu. Mereka wajib diberikan nafkah oleh kaum keluarga yang berada hanya sesudah tiada peruntukan dari baitul mal utk mereka. Menurut Imam Abu Hanifah, titik pertikaian pendapat ini ialah berkemungkinan pembayar itu akan menikmati zakat yg diberikannya kpd ahli keluarga terdekat. Kemungkinan itu hanya ada kpd hubungan suami isteri atau ibu bapa dan anak.

Wallahua'lam

Re: SJ - 3163 : [Z] Persoalan zakat kpd kaum keluarga

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed. Kami lebih cenderung menerima pandangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi yg membenarkan berZakat kepada kaum keluarga yang bukan kewajipan untuk kita menafkahkannya secara terus (yang bukan tanggungan kita), contohnya adik-beradik yang susah, saudara-mara dan sebagainya. Apa yang tidak dibenarkan ialah zakat suami kepada isteri, bapa kepada anak-anak, dimana mereka seharusnya diberi ialah nafkah oleh ketua keluarganya mereka dan bukannya zakat.

Didalam soalan mengenai membayar zakat kepada adik atau abang yang ingin melangsaikan hutang, Sheikh Sa’d al-Humayd mengatakan :-

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ ßÇä ÃÎæß ãÏíäÇ ¡ æßÇä ÑÇÊÈå áÇ íßÝí áãÚíÔÊå æÓÏÇÏ Ðáß ÇáãÈáÛ ¡ æßÇä ãä Ãåá ÇáÕáÇÉ ¡ æáÇ íÖíÚ ÇáÃãæÇá ÝíãÇ áÇ íÑÖí Çááå ¡ ÝáÇ ÈÃÓ ãä ÅÚØÇÆå ãä ÒßÇÉ ãÇáß .
"Jika saudara (adik-beradik) kamu berhutang, dan dia mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk meneruskan hidup dan juga membayar hutang, dan dia merupakan seorang Ahli Solat dan tidak akan membazirkan wang didalam perkara-perkara yang tidak diredhai Allah swt, maka tidak ada salahnya memberi sebahagian zakat dari wang anda"

Menurut Ibn Utsaimin (Fatawa al-Sheikh Muhammad al-Salih al-Utsaimin 1/461) dan Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (didalam fatwa IslamOnline) mengatakan tidak ada salahnya bagi seorang wanita atau lelaki memberi zakatnya kepada saudara lelaki, wanita, Pak Cik atau pun kaum kerabatnya yang miskin. bahkan dengan memberi Zakat keatas mereka adalah satu amalan bersedekah dan mengeratkan lagi tali persaudaraan keluarga, kerana Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÇáÕÏÞÉ Ýí ÇáãÓßíä ÕÏÞÉ æÝí Ðí ÇáÑÍã ÕÏÞÉ æÕáÉ
"Sedekah diberi kepada orang miskin adalah sedekah, sedekah diberi kepada saudara-mara ialah sedekah dan menjalin hunungan keluarga" - [hadith Riwayat Imam Ahmad no: 15794, al-Nasaa'i n:2582].

Ulama menghadkan zakat dari diberi kepada ibu-bapa atau anak-anak, oleh kerana mereka ini memang wajib di nafkahkan. Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (al-Fataawa al-Jaami’ah 1/306) :-

[="#0000ff" size="3"]áíÓ ááãÓáã Ãä íõÎÑÌ ÒßÇÊå Ýí æÇáÏíå ¡ æáÇ Ýí ÃæáÇÏå ¡ Èá Úáíå Ãä íõäÝÞ Úáíåã ãä ãÇáå ÅÐÇ ÇÍÊÇÌæÇ áÐáß ¡ æåæ íóÞúÏÑ Úáì ÇáÅäÝÇÞ Úáíåã
"Seorang Muslim tidak boleh memberi zakat kepada ibu-bapanya atau anak-anaknya, bahkan dia kena membelanjakan mereka dengan hartanya jika mereka memerlukannya dan dia mampu menginfaq keatas mereka"

Malahan jika seorang suami yang kurang mampu dan menepati kriteria penerima zakat, isterinya boleh memberi zakat kepada suaminya. Kenyataan ini dapat kita lihat dari fatwa yg dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi (9/253):-

[="#0000ff" size="3"]íÌæÒ ÏÝÚ ÇáãÑÃÉ ÒßÇÉ ãÇáåÇ áÒæÌåÇ ÅÐÇ ßÇä ãä Ãåá ÇáÒßÇÉ ¡ áÃä äÝÞÊå áÇ ÊáÒãåÇ æáöãÇ æÑÏ ãä Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÐä áÇãÑÃÉ ÚÈÏ Çááå Èä ãÓÚæÏ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ Ãä ÊÏÝÚ ÒßÇÉ ãÇáåÇ áÒæÌåÇ ÚÈÏ Çááå
"Adalah dibenarkan seorang wanita memberi zakat kepada suaminya, jika dia layak menerima zakat, kerana wanita tersebut tidak wajib membelanjakan keatasNya dan kerana telah diriwayatkan bahawa Nabi saw memberi kebenaran kepada isteri Abdullah Ibn Mas'ud ra. untuk memberi zakat kepada suaminya Abdullah"

Berdasarkan beberapa pandangan ulama' diatas seorang kakak bolehlah membantu adiknya yang kurang mampu dan sedang belajar dengan mengeluarkan zakat kepadanya. Wallahu'alam.

wassalam.
==========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 9. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

2. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. [="#800000" size="3"]ÇáÒßÇÉ áÍÌ ÇáÚãÉ ÇáÝÞíÑÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=5415

خيرالأمين