SU-00122: Jamak solat tanpa bermusafir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00122: Jamak solat tanpa bermusafir

:salam

Saya terbaca satu hadith yang lebih kurang maksudnya:

BAHAWA RASULULLAH SAW MENJAMAKKAN SOLAT ANTARA SOLAT ZUHUR DAN ASAR DAN ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK BUKAN DALAM KETAKUTAN PEPERANGAN, HUJAN DAN BERMUSAFIR. DIMANA NABI SAW BERBUAT DEMIKIAN UNTUK TIDAK MAHU MENYUSAHKAN UMATNYA.

Soalan saya:
1- Benarkah hadith ini menunjukkan bahawa boleh jamak solat walaupun bukan dalam keadaan bermusafir?
2- adakah boleh jamak solat tanpa sebab (saja-saja)?
2- Jika sekiranya ada sebab, bolehkah ustaz beri berapa contoh yg membolehkan jamak solat berdasarkan kehendak hadith yg dinyatakan di atas.

:wassalam

Re: Jamak solat tanpa bermusafir

Soalan 1
Terdapat hadith menunjukkan bahawa Nabi menjamakkan (mengumpulkan) dua solat pada ketika bukan dlm musafir.

Antaranya:
Al-Athram meriwayatkan di dlm sunnannya bahawa ABu Salamah Ibn Abdurrahmah berkata, "Adalah diharuskan menjamakkan maghrib dan isyak apabia hujan."

Imam Bukhari turut meriwayatkan di dlm hadithnya bahawa Nabi S.A.W menjamakkan maghrib dan isyak pada ketika hujan di malam hari.

Mengikut pada pandangan hanbali, menjamak maghrib dan isya’ hanya dibenarkan pada ketika turunnya salji, Lumpur, sejuk, atau pun hujan yang boleh menyebabkan kotornya pakaian. Ini hanya dibenarkan kepada mereka yang bersembahyang berjemaah di masjid dan datang dari arah yang jauh di mana perjalanan itu boleh terjejas kerana hujan, salji, Lumpur dsb. Alla kullihal, mereka yang bersembahyang berjamaah di rumah tidak dibenarkan menjamak solat mereka.

Maliki pula berpendapat hanya maghrib dan isyak sahaja diharuskan kerana malam banyak bahaya petaka berbanding siang kerana perjalannan itu.

Imam Ahmad, Qadhi Hussain, Al-Khattabi, Imam Al-Mutawwali berpendapat diharuskan menjamakkan dua solat kerana disebabkan sakit. Imam Annawawi berpendapat bahawa ia adalah diharuskan. Ibn Qudamah di dlm Al-Mughni, “orang yang sakit dibenarkan menjamak dua solat kerana kesusahan dan kelemahan sekiranya bersolat berasingan.”

Mazhab Hanbali juga membenarkan ibu yg menyusukan anak, ataupun wanita yg menghadapi masalah pendarahan, orang yang menghadapi kencing tidak lawas, atau mereka yang tidak dapat menyucikan diri atau mereka yang berada di dlm ketakutan dlm melindungi diri sendiri, harta ataupun keluarga.

Ibn Taimiyyah Rh berkata: “Seseorang itu boleh menjamakkan solatnya jika dia sibuk (berdasarkan riwayat dari An-Nasaie) dan terikat dgn tanggungjawab. Dibenarkan tukang masak dan pembuat roti dsb kerana sekiranya tidak berbuat demikian (menjamakkan solat) perniagaan mereka akan tergugat.”

Imam Annawawi di dlm syarh sahih muslim, “jumhur fuqaha mengatakan adalah dibenarkan menjamakkan solat kerana disebabkan keperluan yang bersangatan.” Pendapat ini dipegang oleh Ibn Sireen, Ashhab, dan al-khattabi.

Dari Ibn Abbas, Nabi S.A.W menjamakkan solat zuhr dan asar, kmdn maghrib dan isya di madinah tanpa ada bahaya ataupun hujan. Ibn Abbas ditanya, “Apakah yang mendorong Nabi S.A.W berbuat demikian?” IBn Abbas menjawab: “Dia (Nabi S.A.W) tidak mahu membebankan umatnya.” (hadith bukhari dan muslim)

Soalan 2:
Berdasarkan perkara di atas, tidak boleh dan tidak dibenarkan menjamakkan solat tanpa keperluan yang mendesak.

Soalan 3:
Perkara yang dibenarkan berbuat demikian (berdasarkan dalil dan hujjah di atas):
1. Berjamaah ke masjid datang dari jauh lalu hujan/salji/Lumpur menimpa
2. Berada di dlm ketakutan
3. Disebabkan penyakit
4. Disebabkan tanggungjawab dan pekerjaan
5. terdapat peristiwa/event yang menyebabkan keperluan utk melakukan jamak kerana maslahat umum.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq