SU-00207:wanita & keputihan

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00207:wanita & keputihan

assalamualaikum..
saya ade beberapa kemusykilan:
1)adakah sah solat sekiranya kita memakai seluar dalam yg mengandungi keputihan?
2)adakah perempuan yang memakai seluar itu menampakkan bentuk tubuh badan yang dilarang oleh Islam?

harap dapat penjelasan mengenai ini. Terima kasih!
wassalam. :2haa

jamalsahara (not verified)
Re: wanita & keputihan

:salam

1. Keputihan jika 'mazi' memang termasuk yang harus dibasuh-dibersihkan sebaiknya sama ada seluara dalam atau seluar luar.
Jika 'air mani', bersihkanlah dengan membuangkan mani yang kering itu sekalipun tidak dibasuh seluruhnya tidak mengapa.

Maksud Hadis:
Hadis dari Saidatina Aisyah RA : Diriwayatkan daripada Alqamah RA katanya: Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah RA berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah SAW seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.(R Muslim)

2. Menutup aurat dengan memakai seluar bagi wanita adalah baik dan Sunnah SEKIRANYA ianya labuh yang TIDAK MENZAHIRKAN SUSUK BADAN-TUBUH.

Seluar yang ketat seumpama 'jin aprit' yang menunjukan lurah dendam, atau gunung pinggul yang bergegar bagaikan kena gempa bumi, memanglah termasuk pakaian yang MASIH TIDAK DIANGGAP MENUTUP AURAT.
Menutup aurat ADALAH MENUTUPI SUSUK-TUBUH khasnya bagi wanita, ini bermakna yang longgar atau labuh.

Maksud Firman Allah SWT:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( 24 An Nur 31 )

Allahu a'lam.

:salam

Re: SU-00207:wanita & keputihan

:salam

Quote:
1)adakah sah solat sekiranya kita memakai seluar dalam yg mengandungi keputihan?

SJ-1757: Keputihan

Lihat juga studi saya di:
STUDI: APAKAH SUCI DARI NAJIS ITU SYARAT SAH SOLAT?

Quote:
2)adakah perempuan yang memakai seluar itu menampakkan bentuk tubuh badan yang dilarang oleh Islam?

SJ-1176: Perempuan haram memakai seluar?

:wassalam