Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • :salam

    Yang Mulia Ustaz,

    seringkali kehidupan seharian remaja masa kini dikaitkan dengan hiburan terutama hiburan berbentuk lagu (lagu biasa @ atau nasyid):

    1) adakah nasyid sekarang ni masih lagi di dalam lingkungan irama yang dibolehkan di dalam Islam?

    2) tiadakah wujud di sana perubahan di dalam alat-alat dan bentuk muzik yang boleh diguna pakai dlm zaman kini? contohnya, alat keyboard yang sering digunakan dalam nasyid dll.

    *******

    soalan lain:

  • Asalamualaikum.
    Saya berasa musykil kenapa mesti ada pihak wahabi dll. Yg jelas adakah penganut ugama Islam di Malaysia mengutamakan Al Quran dan sunnah? contoh soalan di mana Allah swt , adakah soalan ini lebih baik di jawab dgn mengunakan kitabulah atau dgn pendapat yg lain (akal)?
    Tolong jelaskan.

    2. Tentang Qunut di waktu sembahyang subuh, tolong berikan satu sandaran yg sohih tentangnya yg. mengatakan ada Rasullulah menunjukankan contoh darinya.

  • :martialar
    Salam.

  • :salam

    Mungkin soalan yang saya nak kemukakan ni agak pelik dan kelakar. Tapi mungkin pihak Ahkam ada jawabnya.. Soalan saya.. Bila wujudnya zaman dinosour?.. adakah sebelum Adam atau sesudah Adam ?.. sebab dalam qasasul anbiya' takde pun disebut akan kewujudan binatang besar seperti dinosour... tapi kewujudannya di buktikan secara saintifik. dan sains juga menyatakan telah wujud manusia semasa zaman Dinosour ni..

    :wassalam :confused:

  • :salam
    apakah sebenarnya pengertian 'merdeka' itu bagi kita di kalangan umat Islam? adakah kita sebenarnya merdeka.. padahal hakikat kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini jelas menafikan kenyataan tersebut.. tetapi mungkin dapat diperjelaskan lagi tentang sifat-sifat kemerdekaan yang sering dilaung-laungkan.. diraikan.. seperti yang bakal kita hadapi dalam beberapa hari yang mendatang ini.. mungkin juga dapat dikupas dari pendapat ulama2.. setelah ditunjukkan nas-nas dari al-quran dan sunnah itu sendiri..

  • :salam
    Adakah seorang bekas mufti (bersara atau dipecat) masih mempunyai kelayakan untuk memberi fatwa?

  • Assalamualaikum…
    Apakah hukumnya kita mengungkit? Jika tak boleh… adakah langsung tiada pengecualian. cthnya macam mengumpat…. kan ada jenis-jenis mengumpat yg dibenarkan … jadi, bg mengungkit ni?
    WA

  • :salam
    Saya dapat tahu bahawa kitab karya Imam Al-Ghazali banyak membawa hadis-hadis dha'if. Saya ingin mendapat pendapat ustaz² dan ustazah² yang lain tentang buku ini. Sekian. Terima Kasih. :badut

  • :salam

    Saya sekadar ingin tahu apakah dalilnya bahawa kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW, sebab setakat ini saya belum berjumpa dengan bukti ini di dalam mana2 buku2 Sirah Rasulullah SAW yang saya miliki sekarang.
    :wassalam

  • :salam

    saye nak tanye pasal website ni : http://www.quraan.com/
    adakah ianya boleh dipercayai dan benar2 soheh??
    adakah ia bebas dr pengaruh yahudi & musuh2 islam yg lain???
    mintak tolong check...

    :wassalam