Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Assalamualaikum…

    Saya ada beberapa soalan.

    1. Apakah hukumnya meminati dan memuja artis-artis barat yang ternyata kekufurannya? Dan bagaimana pula dengan hanya meminati lagu-lagunya sahaja tanpa meminati mereka? Contoh orang yang meminati dan memuja artis-artis ini ialah dengan menampal poster mereka… mamakai pakaian yang terdapat gambarnya… dan kadang-kadang tu… sampai mengikut fesyen pemakaian mereka…

  • Seperti yg kita tahu… suara kita orang lelaki adalah lebih kasar daripada org perempuan.. tapi… lelaki boleh menghaluskan suaranya dengan mengeluarkan suara bernada tinggi yang seakan-akan perempuan… penyanyi-penyanyi nasyid sering menyanyikan lagu-lagu seperti ini untuk menghasilkan gabungan tiga suara… iaitu suara bass… suara normal… dan suara yang saya maksudkan itu… Soalannya… adakah perbuatan itu juga dikatakan termasuk dalam golongan menyerupai perempuan… seperti yg ditegah keras oleh Nabi Muhammad S.A.W.?

  • Assalamualaikum,

  • :salam

    Bila teringatkan zaman kanak2 semasa dikampung, berbagai macam kenakalan timbul seperti melastik burung utk suka2 tak sempat sembelih burung dah mati, tangkap ikan disungai kemudian rebus hidup2, bakar plastik kemudian plastik panas yg cair dititik pada semut dll...(dulu tak ada playstation, 'sawah/bendang station' ada) sekarang bila dah dewasa rasa bersalah pula...dulu org. tua2 ada sakat kalau kita kiyanat/menganiaya binatang, besok(akhirat nanti) kita pula jadi binatang tersebut dan kita pula kena aniaya, budak2 mana kisah.

  • :salam

    Boleh terangkan jawapan

    3. Juga khilafiah: Hanafi dan Maliki bangun terus, manakala Syafi'iy dan sebahagian hanbaliah istirihat sekejap. Keduanya boleh diamalkan kerana dalil-dalilnya sama kuat. Allahu a'alam

    i.adakah hukum berhenti sebentar itu sunat, harus atau bagaimana?dan adakah maksud sebentar itu dengan [t]ama'ninah?

  • Assalamu'alaikum!

    Saya ada sedikit kekeliruan di dalam kedua-dua SJ di atas. Nampak seperti ada pertindihan di situ. Harap Ustaz THTL dapat memberi gambaran yg lebih jelas insha-allah! Apakah bezanya harga ansuran yang ditetapkan oleh Cours Mammoth dan Bank Islam seperti yg ustaz nyatakan itu. Minta maaf sbb terpaksa mengulang isu yg telah ditanya, cuma ana kurang jelas dgn jawapan yg diberikan. Jzk. May Allah bless you abundantly.

  • Asslamualikum,
    Saya ada satu soalan yg rasanya terkeluar daripada skop fiqh iaitu tentang aliran pemikiran. Saya terjumpa satu perkataan yang berbentuk aliran pemikiran iaitu Nihilisme. Boleh tak ahli panel perjelaskan sedikit sebanyak tentang aliran pemikiran ini. Terima kasih

  • Saya menonton rancangan National Geographic yang menunjukkan bagaimana tok batin dan pawang bukan beragama Islam di Afrika tengah mengubat pesakit. Mereka menangkap `evil spirit' (kuasa jahat) ke dalam botol dan kemudian ditutup untuk dicampakkan ke tempat yang jauh. Di Malaysia pula, terdapat pengamal `perubatan Islam' yang mengaku melakukan perkara yang sama. Bukankah lebih baik mereka menukar nama bidang mereka kepada `perubatan tradisional'?

  • Kita tahu tetamu yang datang kerumah perlu dihormati sebagai mana dituntut oleh Islam. Macam mana kalau tetamu tersebut duduk terlalu lama, sehingga menimbulkan ketidak selesaan tuan rumah. Apakah ada keterangan Hadis dan Al-Quran mengenai masalah ini.
    Oleh itu bagaimana nak memberitahu tetamu tersebut supaya beredar tanpa menyakiti hati masing-masing.

  • Assalamualaikum…

    Ana ada sedikit kemusykilan…

    Sahihkah hadis yang mengatakan apabila seseorang lelaki itu mendatangi isterinya daripada belakang, maka anak yang dilahirkannya adalah juling?