Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Assalamualaikum..

    Saya telah menegur jiran saya kerana maksiat yang dilakukan anaknya.Tetapi, dia tidak menerimanya dan menuduh saya yg lebih2. Oleh itu, saya telah "menjual" nama jiran2 lain yang mengutuk dia dari belakang untuk mengelakkan tuduhan dari dia dan menguatkan teguran saya. Saya "menjual" nama jiran2 lain tanpa keizinan mereka.

    1) apakah hukum sebenar/asal "menjual" nama org lain tanpa izin?

    2) adakah salah "menjual" nama orang lain apabila terdesak?

    3) adakah ini mengadu domba?

  • Fatwa oleh para ulama kontemporari spt Syeikh Yusuf Qaradhawi dah clear psl hukum-hakam, kemaslahatan dan kefardhu-kifayahan menghasilkan produk animasi. Cuma satu bhgn yg saya dok cari x dijelaskan dgn lebih terperinci, iaitu berkenaan dgn unsur yg x masuk akal/mustahil berlaku di alam nyata ni.

  • i) Kisah benar. Aritu ada sorang budak motor laju tergolek di jalan depan rumah saya. Adik perempuan saya (medic student) yg kebetulan berada di dlm rumah nampak accident tu terus meluru keluar bagi first aid, memandangkan takde org lain di sekeliling situ (rumah kampung jarang- jarang). Masalahnya, dia terpaksa rush ke scene tu dlm keadaan tak sempat/teringat pakai tudung. Tengah2 menolong, baru datang jiran2 keliling (lelaki) tolong sama. Kalau dia gi capai tudung dulu kemungkinan too late untuk budak tu.

  • :salam

    Saya teruja untuk mengaji dan mempelajari dua sumber tertinggi Islam, yang manakah perlu saya dahulukan antara Pengajian al-Quran (ulumul quran, tafsir ) atau Pengajian al-Hadis Nabawi (ulumul' hadis) ? atau saya tak perlu mempelajarinya terus ?

    Syukran. Jazakallahu khairan !

  • apakah maksud perkataan zairuzana dlm bahasa melayu?

  • :salam

    saya tahu tentang peri pentingnya untuk menghubungkan hubungan silaturrahim dalam keluarga dan keburukan bagi orang yang memutuskannya. saya cuma keliru dengan berbuat baik kepada mereka yang memutuskan hubungan tersebut. contohnya, ada salah seorang dari ahli keluarga telah membuat fitnah, dan fitnah tersebut telah memberi kesan kepada ahli yang lain. dan tidak berhenti setakat itu sahaja. apa yang perlu dibuat supaya tidak termasuk dalam golongan yg memutuskan silaturrahim tersebut? atau buat dono sahaja?

  • :salam

    Maaf sbb tanya di ruang ni instead of soalan fiqh. Masalahnya, x de org kat sini yg tau bahasa 'arab. Minta ahli panel nyatakan satu perkataan/frasa equivalent dlm lughatul'arabia bagi perihal di bwh. Syukran jazilan :8:

    a) Keperluan mengutamakan dalil naqli drpd 'aqli; cth: pengharaman pork @ jaga aurat ~ sbb Allah suruh, instead of scientific reasoning

  • :salam

    1. Adakah benar pendapat bhw nama Muhammad adalah nama yg sebaiknya diberikan kpd anak lelaki? Adakah ini bersumberkan nas atau hanya bersandarkan bahawa nama Muhammad itu adalah sama dgn nama Rasullullah s.a.w.

    2. Adakah benar pd akhirat nnt sesiapa yg bernama Muhammad akan dipanggil dahulu utk dihisab di padang mahsyar?

    3. Bagaimana pula dgn nama utk bayi perempuan? Adakah ada pendapat bg nama terbaik yg disarankan oleh nas2 yg soheh?

    JKK...

  • Assalamualaikum Ustaz,
    1. Adakah bersalaman itu tuntutan Islam?
    2. Apakah bersalaman selepas solat itu satu bid'ah?
    3. Sekiranya bersalam sambil mencium tangan itu hanyalah adat melayu, apakah hukumnya seorang ibu yang murka kerana anaknya tidak pernah memohon maaf secara bersalam/mencium tangannya?
    4. Adakah bermaafan itu tuntutan dihari raya?

  • Ada non muslim tanya kenapa orang lelaki tak leh pakai emas dan sutera..
    Ada hujah yg hebat tak?