SJ-13-0321 : Antara Pengajian al-Quran dan al-Hadis.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0321 : Antara Pengajian al-Quran dan al-Hadis.

:salam

Saya teruja untuk mengaji dan mempelajari dua sumber tertinggi Islam, yang manakah perlu saya dahulukan antara Pengajian al-Quran (ulumul quran, tafsir ) atau Pengajian al-Hadis Nabawi (ulumul' hadis) ? atau saya tak perlu mempelajarinya terus ?

Syukran. Jazakallahu khairan !

SJ-13-0321 : Antara Pengajian al-Quran dan al-Hadis.

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

-Dimaklumi bahawa AL-QURAN dan SUNNAH adalah 2 sumber ilmu dalam Islam.

-Untuk memahaminya, mestilah dipelajari 3 ilmu penting:

1) Tafsir: kerana dengan ilmu ini dapat difahami erti dan kalam Allah Taala.
2) Hadis: kerana ia adalah wahyu daripada Allah Taala, yang memperincikan syariat secara amali.
3) Feqah: kerana ia adalah istinbat daripada dua sumber Quran dan Sunnah.

Dalam mempelajari ketiga-tiganya, jangan ditumpukan kepada salah satu sehingga tercicir yang lain. Eloknya dipelajari kesemuanya tetapi dimulakan dengan bahan-bahan yang ringan, kemudian barulah beralih kepada yang lebih berat. Akhirnya: kita dapat gambaran syariat secara keseluruhan, In Sya Allah.

rujukan:
-Kepentingan Tumpuan Kepada Tafsir, Hadis dan Feqah, karangan: Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad.