Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Salam ustaz Abu Umair...

    Saya ada beberapa solan, jika tertinggal tahiyat awal, masa2 sekolah dulu ustaz ajar sujud sahwi??? Ada nas ke ustaz? Kalau ada cam ne yang sebenar2nya berdasarkan ar rasul ajar...

    Soalan ke-2, semasa sekolah dulu juga, ada seorang tabligh pernah cakap dekat saya, ar rasul akan duduk bertinggung dan senget kekiri ketika membuang air besar mahupun kecil...Betul ke? Ada dalil tak pasal ni ustaz....

  • salam, semalam sahabat saya cakap ada ustaz tangkap hantu masukkan dalam botol, saya pun cakaplah kalau senang camtu tangkap la semua sekali, tapi dia nampak depan mata dia botol tu berwap dan ustaz tu tau mana hantu tu duduk, sapa pun tak bagitau dia, betulkah dakwaan dia tu, bolehkah hantu tangkap senang camtu? JazakAllah

  • :salam

    adakah dikira menderhaka pada ibubapa sekiranya kita menegur mereka sehingga mereka berkecil hati walaupun teguran tu lemah lembut,ini kerana mereka melakukan penganiayaan dan tindakan zalim mereka terhadap anak-anaknya?

    ini kerana mengikut dalil al duran tentang kewajipan untuk melindungi keluarga dari api neraka..tapi masa yang sama bimbang menderhaka terhadap mereka..

    adakah tindakan sabar serta tetap mendoakan mereka moga Allah mengampuni mereka disamping kita tidak dapat mengecapi kasih sayang sebenar(kerana ketidakadilan mereka) adalah jalan terbaik?

  • Salam Ustaz Abu Umair..

    Saya ada satu persoalan. Semasa di alam persekolahan dulu, pernah ustaz marah2 jika saya berbisik dengan kawan sedangkan ada seorang teman lagi bersama..Kata ustaz, nabi larang berbisik2 jika bertiga...Sahih ke maklumat tu ustaz?

    Kalau soheh, leh tak kita kiaskannya dalam situasi di mana 3 orang shabat, 2 daripadanya orang kelantan, seorang lagi orang perlis,...dua orang kelantan ni bercakap bahasa negeri mereka sehingga kawan dari perlis tidak faham apa2..apakah hukumnya sama dengan berbisik2...???

  • :salam

    Alhamdulillah, hari itu saya mencari penjelasan mengenai isu ini dan menemui jawapan yang disediakan syeikh Abu Syu'aib. di sini : SJ-13-0419

    Namun ada sedikit kekeliruan apabila ada pihak menggunakan dalil dari surah al-jinn ayat 18 yang katanya mengharamkan secara total percakapan dalam urusan keduniaan. Mohon penjelasan ustaz

  • :salam

    di sini ana nk tnye brknanan isu mmberi salam
    1. adakh dibolehkn bg org muslim mmberi salam kpd non muslim?
    2. jika sorg non muslim mmberi salam.adakah kita diwjibkn menjwbnya?

    minta ulasan yg lgkap, insyaallah....

    allahua'lam....

  • :salam

    Anak saya sedang mempelajari piano/violin di sebuah pusat muzik klasikal yang berdekatan. Masalahnya, silabusnya antara lain mengandungi skor/tune berasal drpd karya2 klasikal yg berunsur tidak Islamik, spt lagu 'Jesus Joy', 'Christmas', dsb. Adakah boleh anak saya meneruskan pelajaran tsb, sekalipun dia tidak menghayati mahupun menyanyikan senikata/mesej lagu2 tsb, yakni hanya sekadar memainkan iramanya?

    jzk

  • :salam ana ucpkan , ana mahu bertanya

    1) adakh perlu kita memohn maaf kepada seseorang dengan menyatakan sekali kepadanya ap yg kita umpatkan/lakukan kejahatan kepadanya tanpa pengetahuannya atau sekadar memohon maaf sahaja kepadanya tanpa memberitahu ap yg kita umpat/lakukan kejahatan kepadanya tanpa pengetahuannya kepada dirinya.?

    Jazakallahhukhairankathira. ::roll:

  • Assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.pertama sekali,saya ingin memohon maaf kerana banyak bertanya.di sini saya ada 3 soalan kepada panel al ahkam.

  • :salam

    dulu saya ada baca artikel dlm AAN, "aurat lelaki menurut neraca hadis", dalam tulisan tu, macam nak kata tiada dalil sahih yg kata peha tu aurat.

    tapi kemudian saya terjumpa satu tulisan yg kata ada hadis berbunyi: "peha itu aurat" dan ditulis Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2796, 2797) dari Ibnu ‘Abbas dan Jarhad al-Aslami radhiyallaahu ‘anhum. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4280).