SJ-13-0437 : tangkap hantu bubuh dalam botol?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0437 : tangkap hantu bubuh dalam botol?

salam, semalam sahabat saya cakap ada ustaz tangkap hantu masukkan dalam botol, saya pun cakaplah kalau senang camtu tangkap la semua sekali, tapi dia nampak depan mata dia botol tu berwap dan ustaz tu tau mana hantu tu duduk, sapa pun tak bagitau dia, betulkah dakwaan dia tu, bolehkah hantu tangkap senang camtu? JazakAllah

SJ-13-0437 : tangkap hantu bubuh dalam botol?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Tidak ada istilah hantu dalam syarak sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat dalam semua bangsa. Ia hanyalah khayalan, metos dan palsu semata-mata bagi menghidupkan rasa takut pada orang lain.

- Makhluk ghaib yang disebut kewujudannya oleh syarak dinamakan JIN. öDi kalangan jin, ada yang beriman dan ada yang kufur.

- Berkenaan menangkap jin, terdapat dalam hadis bahawa satu jin Ifrit telah mengganggu sembahyang Nabi SAW. Lalu Allah memberi peluang kepada baginda untuk menangkapnya. Baginda mahu menangkap dan mengikatnya di tiang masjid supaya dapat diperlihatkan kepada orang ramai. Tetapi baginda teringat doa Nabi Suaiman yang berbunyi "Berikan aku kekuasaan yang tidak sayugia kepada orang lain selepasku". Lalu Nabi SAW tidak meneruskan hasratnya.
Kisah ini direkod dalam Bukhari (no: 449) dan Muslim (no: 541).

- Ini menunjukkan bahawa kebolehan menangkap jin tidak akan diberikan kecuali kepada mereka yang dipilih oleh ALlah Taala. Malahan, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak melakukannya kerana ia menunjukkan satu kekuasaan yang besar sebagaimana kekuasaan Nabi Sulaiman a.s.

Wallahu A'lam.