Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • :salam

    Ini adalah petua orang-orang tua dan masih diguna pakai bg sesiapa yg mengetahui. Antara tujuannya adalah mencari keserasian antara lelaki dan wanita serta mencari kebahagiaan hidup. Mereka mengatakan manusia dipengaruhi oleh unsur2 kejadiannya. Unsur2 itu adalah tanah, air, api dan angin. Bagi mengetahui sifat dan perangai individu itu melalui unsurnya, ia boleh ditentukan menerusi urutan kelahiran dlm keluarga.

  • :salam

    1) Bolehkah kita mencampur aduk mazhab seperti contohnya, kita ambil wuduk cara syafei, batal wuduk cara hanafi dll.

    2) bolehkah kita mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah sehingga tercampur semua pendapat2 mazhab.

  • :salam

    Boleh saya tahu siapa sheik Ad Dumairi dan bukunya "Hayatul Hayawan "
    Mohon maaf kerana kejahilan saya bertanya soalan.

  • Aslmkm wbt,

    Apakah kelayakan seseorang itu hendak berdakwah?
    Benarkah seseorang yang belum mantap ilmu agamanya tidak berdakwah?
    Adakah benar jika ahli keluarga seseorang itu belum sempurna maka dia tidak layak berdakwah?
    Apakah asas pengetahuan agama yang perlu beliau kuasai sebelum berdakwah?
    Apa pulak hukumnya seseorang berdakwah dalam laman komuniti seperti frindster, facebook dan sebagainya?
    Apakah sesuai yang hendak didakwahkan di laman seperti itu?

  • :salam

    Tuan,

    Saya ditanya oleh non-muslim kenapa kita perlu mencukur bulu ari-ari.

    Saya jawab kerana sunnah nabi dan kebersihan. (1)

    Soalan saya, ada tak sebab lain dari segi biologi/sains kenapa kita digallakn untuk mencukur bulu ari-ari?

    Kalu boleh panel fiqh tolong jawab ye

    (1) Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan
    (2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

    harap dapat membantu.

    terima kasih
    :wassalam

  • A'kum,

    Baru-baru ini saya menerima kad Hari Raya dari jiran sebelah saya. Sebagai tanda penghargaan, saya ingin memberi/menghadiahkan kad krismas kepada mereka. Adakah tindakan saya dikategorikan sebagai meraikan perayaan orang lain? Bagaimana dengan pendapat ulama-ulama? Adakah mereka sepakati bahawa tindakan ini haram atau ada yang membolehkannya?

  • salam....
    mengenai ilmu kebatinan.apakah cara @ kaedah yg dibenarkan dlm islam?
    seperti yg kita lihat dlm rancangan tv3 mlm jumaat jam 9.30.melihat antara pengamal ilmu yg jelas syirik dan seorang ustaz yg amalkan apa xpasti.jadinya apakah cara wa kaedah yg dibenarkan dlm islam?
    juga pengertian LAM JALALAH.juga apa pengertian @ maksud HULIJAH DAN HULIKA?ia biasa dipakai oleh pengamal.
    hal ini perlu dijelaskan.ia bagi mengelakkan seseorang mgkin melakukan syirik tanpa disedari.

  • Assalamualaikum,

    Apakah hukum mencucuk botox untuk kecantikan, iaitu mengubah kulit menjadi putih; hidung jadi mancung dll.
    Botox: http://immaculateskin.blogspot.com/

    Kaedah botox ini adalah dengan memasukkan vitamin sahaja tanpa melibatkan pembedahan.

  • :salam

    Apakah hukum menggunakan cincin platinum bagi lelaki dan juga menggunakan pinggan-mangkuk yg dibuat drp paltinum? Adakah sama dgn hukumnya dgn Emas?

    :wassalam

  • :salam

    Mandikan kenderaan yg lepas kemalangan melibatkan kehilangan nyawa utk hilangkan badi kecelakaan pd kenderaan. Atau mandikan kenderaan yg terlibat kemalangan utk sebab2 tertentu.

    Adakah perkara ini terdapat pd zaman Rasulullah SAW? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenainya? Perlukah perkara ini dilakukan..?

    Harap panel yg mahir dpt kemukakan dalil al-Quran dan/atau hadis sahih.
    InsyaAllah..Syukran..