SJ-13-0505 : Kelayakan Berdakwah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0505 : Kelayakan Berdakwah

Aslmkm wbt,

Apakah kelayakan seseorang itu hendak berdakwah?
Benarkah seseorang yang belum mantap ilmu agamanya tidak berdakwah?
Adakah benar jika ahli keluarga seseorang itu belum sempurna maka dia tidak layak berdakwah?
Apakah asas pengetahuan agama yang perlu beliau kuasai sebelum berdakwah?
Apa pulak hukumnya seseorang berdakwah dalam laman komuniti seperti frindster, facebook dan sebagainya?
Apakah sesuai yang hendak didakwahkan di laman seperti itu?

SJ-13-0505 : Kelayakan Berdakwah

ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Berdakwah merupakan kewajipan setiap muslim, kewajipan disini sama ada ianya fardhu ain atau fardhu kifayah saya tidak bincangkan disini.
Bagi mereka yang hendak berdakwah maka dia mesti tahu (ilmu) tentang apa yang hendak di dakwahkan. Kerana pepatah Arab menyatakan

ÝÇÞÏ ÇáÔíÁ áÇ íÚØí

Orang yang tiada apa-apa tidak boleh member apa-apa. Maka dakwah memerlukan kepada ilmu.
Tidak timbul persoalan seseorang itu belum mantap ilmu maka dia tidak boleh berdakwah. Dia mungkin sahaja boleh berdakwah apa yang dia tahu, kerana jika nak tunggu diri itu menjadi alim besar baru boleh berdakwah maka itu sesuatu yang tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Semua mengetahui hadis Nabi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari

ÈáøÛæÇ Úäøí æáæ ÂíÉ æÍÏøËæÇ Úä Èäí ÅÓÑÇÆíá æáÇ ÍÑÌ æãä ßÐÈ Úáíø ãõÊóÚóãøÏÇ ÝáíÊóÈóæøà ãÞÚóÏóå ãä ÇáäÇÑ

Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat, tidak mengapa ceritakan dari bani Israil dan barangsiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka siap tempat duduk di dalam neraka.

Maka sampaikanlah dakwah ini dengan syarat jangan berkata dan mendakwa sesuatu itu dari Nabi kecuali benar-benar yang ianya datang dari Nabi s.a.w.

Jika dia sendiri tidak faham contohnya masalah tauhid atau hadis maka jangan sampaikan topic tersebut, sampaikan apa yang dia ketahui. Sebab itu jahil atau tidak tahu merupakan suatu bentuk keuzuran. Kerana bimbang dia akan menyampaikan perkara yang salah.

Berkenaan berdakwah melalui friendster atau facebook, perkara ini sesuatu yang subjektif, mungkin ada yg berpendapat tidak sesuai, tapi mungkin sahaja ada yang berpendapat sesuai, maka ini semua terpulang kepada kemampuan diri sendiri dalam menggunakan method berdakwah. Ada orang berkemampuan untuk berdakwah di dalam situasi atau suasana yang kadang-kadang kita tidak melihatnya suatu kondisi yang sesuai, tetapi baginya itulah medan dakwah yang disukainya.

Maka medan dakwah ini luas, kewajipan kita untuk menanam benih yang baik dan menyiram tanah yang kering, untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dimana sahaja kita berada, maka di sanalah dakwah di sampaikan.
Cumanya saya melihat tidak ramailah yang berkemampuan termasuk diri saya untuk berdakwah melalui laman-laman seperti friendster dan seumpamanya.

Wallahu a’lam