ASSALAMU'ALAIKUM,
Sumber Rujukan Islam Anda..
Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam
-
-
Assalamu'alaikum,
Soalan saya minggu lepas masih belum berjawab. Harap dpt penjelasan dr ustaz.
1) Adakah niat qasar/jama' wajib diniatkan sebelum musafir? Bagaimana jika saya tidak pasti tentang jarak perjalanan (sama ada lebih atau kurang dr 2 marhalah) dan menggantungkan (taklik) niat saya seperti ("Jika perjalanan ini lebih 2 marhalah, maka aku akan jama'/qasar", dan sebaliknya) -
Assalamualaikum,
-
Assalamualaikum ahli panel,
Berkenaan dengan masalah sabar & ikhtiar
Seseorang yang banyak melakukan kesalahan dan sedar kesilapannya tetapi masih bertangguh untuk bertaubat. Dia juga sering lupa pada nikmat Allah. Setiap kali susah dia merintih kepada Allah mengharapkan pertolongan, bila diberi nikmat dia lupa dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Kalau buat pun ala kadar saja, hinggalah Allah menimpakan sesuatu bencana besar kepada dirinya.
-
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya, apakah ada perbedaan antara surau dan masjid? Kalau ada, apakah perbedaannya itu dan kalau tiada perbedaan, apakah wanita haid boleh duduk dalam surau?
Wassalamualaikum wbt
-
Assalamu'alaikum Ustaz,
Memandangkan kita sekarang berada di bulan Rejab, saya ingin bertanya sedikit berkenaan bulan ini, meskipun umum byk mengetahui di bulan ini terjadinya peristiwa Isra' & Mikraj, dan di dalam Al-quran juga ada menyebut bulan Rejab ini termasuk sebagai 4 bulan yang haram dan byk juga buku rujukan menyatakan mengenai kelebihan2 bulan ini.
Namun di sini saya ingin lagi mendapatkan kepastian dgn lebih jelas mengenai:
-
Asm,
Terima kasih terlebih dahulu kerana sudi menbaca permasalahan saya ini. Sykt saya ingin menerbitkan satu CD software mengenai senarai bahasa pasar/slang orang Melayu. Rujukan saya adalah buku-buku keluaran penerbit lain. Adakah salah jika saya memasukkan senarai tersebut dgn menyusunnya semula (ubah sedikit makna, penyampaian) ke dalam CD saya itu? Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang keliru,
Amin -
Asalamua'laikom,
-
Dari Kita Kifayatul Akhyar
Apabila seseorang melakukan solat dgn membawa najis yang tidak dimakfuw tetapi dia tidak melihat adanya najis itu waktu solatnya, baik najis itu ada dibadannya atau bahunya atau tempatnya, jika sama sekali tidak melihat, ada dua qaul. Qaul jadid yang azhar wajahnya menyatakan wajib qada'. Sebab suci dari najis itu wajib. Jadi kewajiban suci itu tidak gugur kerana bodoh, sebagaimana kewajiban suci dari hadas.
-
Assalamu'alaikum!
1) Ustaz, adakah riwayat yg mengatakan bulan Rajab ialah bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan umat Nabi SAW daripada sumber yg shahih? Jika ya, bagaimana pula dgn bulan2 lain selain drpd bulan tersebut? Kepunyaan siapa pula bulan2 yg lain?
2) Adakah pendapat yg shahih menyebut Nabi Isra' pd 27 Rejab.
3) Adakah Nabi pernah menganjurkan berpuasa sunat 27 Rejab sempena mengingati Isra' dan Mikraj?
Sekian, terima kasih!