Dalam keadaan sukar untuk mendapatkan air untuk membersihkan selepas membuang air kecil/besar, apakah benda-benda lain boleh digunakan, sebagai contoh kertas tisu ?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Air, bersuci dan najis
-
-
SAMAK RESTORAN TIDAK MASUK AKAL
Amal ajaran agama secara berhikmah
Oleh ASTORA JABAT
WALAUPUN penulis berpegang dengan pandangan dan fatwa mengatakan bahawa apa yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) seperti babi dan anjing boleh dibersihkan dengan sabun dan bahan-bahan pencuci yang lain, tetapi penulis tidak menganggap mereka yang berpegang bahawa najis berat itu wajib dibersihkan dengan tiga, lima atau tujuh kali basuh dengan air termasuk satu kali menggunakan air tanah sebagai salah.
-
:salam
Harap panel ahkam dapat menjawab soalan ini yang ditujukan kepada saya melalui email oleh seseorang :
Assalamu'alaikum,
Saya di datangi oleh seorang berbangsa barat yang bertanya mengenai "Kenapa Islam Menitik Beratkan Bersuci Sebelum Sembahyang". Memandangkan saya kurang fasih berbahasa inggeris, saya merasakan penjelasan yang telah saya berikan kurang memuaskan hati beliau. Saya pohon penjelasan dari pihak tuan.
Penjelasan yang pihak tuan berikan akan saya cetak dan saya berikan kepada beliau untuk bacaan beliau.Terima Kasih.
-
Apakah hukumnya menggunakan air mutlak untuk aktiviti seperti membasuh pakaian, beristinjak dan mandi. Mengapakah ia dihukumkan demikian?
-
assalamualaikum....
nak bertanya sedikit kemyuskilan......
apakah hukumnya menggunakan barangan utk kegunaan luaran (bukan makanan) seperti sabun, ubat gigi, bedak dll yg mengandungi bahan dari sumber hawaian yg halal seperti lembu, tetapi tidak disembelih mengikut cara islam?harap dapat jawapan yg segera. TQ
-
:salam
Nak tanya nie...muak baby najis ker???....kalo kena baju bapak dia...lap2 gitu jer dan kemudian dirikan solat...bleh ker???...
Ker muak nie dikategorikan sbg muntah??...
-
:salam
Minta jasa baik ahli panel yg arif huraikan permasalahan yg saya dapat dr satu kuliah....
Ada ustaz nie kata...masalah jika imam solat menggunakan microphone kecik yg terlekat kat kolar baju tu terkena najis kat wayar dia yg panjang tu....
1) kalo wayar tu terkena najis kat wayar yg tak bergerak sekali dengan pergerakan solat spt rukuk dan sbgnya....tak dikira batal solatnya....
2) Dan kalo wayar yg terkena najis tersebut bergerak sekali dengan pergerakan solatnya....maka batal solatnya...disebabkan ia memakai pakaian yg najis....
-
assalamualaikum panelis al-ahkam yang dikasihi...
saya ada satu kemushkilan,
nak hilangkan najis kita kena hilangkan warna, bau, dan rasa sesuatu najis tu kan? kalau warna n bau tu mungkin senang kita nak buang. tapi kalau rasa tu camna pulak? camna kita nak tau rasa najis tu dah x de lagi kat situ...?
pasal nak hilangkan bau najis tu, bolehkan kalau kita guna febreeze yang diiklankan kat tv tu? atau mesti basuh sampai hilang? kalau guna wangian lain camna pulak?
wassalam
-
:salam
Alhamdulillah,
saya dah lihat dalam arkib soal jawab mengenai bulu kucing. bagi salafussoleh, kucing bukanlah binatang yang najis dan ia merupakan umum al bauwa'.
perrsoalan saya,
-betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.
-bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?
-adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?
-
:salam
adakah hukum yg menwajibkan kita beristinjak menggunakan air?...kerana dalam pemahaman saya syarat utk memastikan kita bersih dari najis, terutamanya najis mutawasitah adalah apabila hilang warna,bau dan rasa najis tersebut. jadi bolehlah sekiranya saya menyimpulkan bahawa, walau dengan cara ape pun kita gunakan utk menghilangkan najis tersebut asal hilang sifat najisnya maka ia dikatakan bersih..correct me if i'm wrong..thanks.... :wassalam