:salam
1) Semasa sedang mengalirkan air ke atas najis hukmi, ada air yang terpercik ke badan kita. Adakah air tersebut bernajis juga dan perlukah kita membasuh badan/mandi untuk memastikan hilang najis tersebut?
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
1) Semasa sedang mengalirkan air ke atas najis hukmi, ada air yang terpercik ke badan kita. Adakah air tersebut bernajis juga dan perlukah kita membasuh badan/mandi untuk memastikan hilang najis tersebut?
Assalamualaikum w.b.t,
Bagaimana cara bersuci drp najis yg tidak diketahui asalnya. Contoh, saya terpijak najis tetapi tidak diketahui ianya drp kucing, anjing dsb.
:salam
Saya nak tahu adakah air cucian ketika buang air besar apabila terkena baju atau seluar suci untuk dipakai ketika hendak bersolat.
:salam
saya ingin bertanya sekiranya pakaian kita terkena najis sama ada darah, muntah atau air kencing dan kemudiannya najis ini kering di atas pakaian kita, adakah najis ini akan berjangkit ke pakaian lain atau pun tubuh badan kita sekiranya kita mencampurkan dengan pakaian lain atau tersentuhnya.
:wassalam
:salam
1) saya ingin ketahui adakah percikan air yang terkena baju ketika mencuci/membilas pakaian yang terkena najis itu turut hukumnya najis atau sebaliknya.
2) saya mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Apabila dia kencing (memakai Drypers) bau air kencingnya melekat pada seluar yang dia pakai (saya pasti tiada lelehan air kencing yang keluar dan seluarnya kering). Adakah seluar itu dikategorikan sebagai terkena najis atau sebaliknya.
saya harap persoalan ini dapat di jawab kerana saya sentiasa merasa was2 dalam masalah ini.
:wassalam
:salam ...terima kasih kepada panel kerana sudi menjawab soalan ana berkenaan masalah berkhatan.
assalamu'alaykum,
sy ada membaca fatwa ulama' di arab saudi mengenai kenajisan vaginal secretion. menurut shaykh ibn uthaimeen, dlm buku 'islamic fatwa regarding women' keluaran darussalam (pg 72-73), vaginal secretion (disebut secretion from uterus) bknlah najis, tetapi keluarnya membatalkan wudhu'.
dan bagaimana pula jika angin keluar dr vagina? adakah ia membatalkan wudhu' seperti kentut? krn pada sstgh wanita, ia kerap berlaku, dan uncontrollable.
mohon komentar panel al-ahkam.
jkk.
:salam
pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak al-ahkam sudi menjawab soalan saya sebelum ini.
saya igin bertanya berkenaan dengan darah.
soalan saya:
1) Adakah percikan darah ikan atau ayam yang terkena pada baju semasa penyediaan untuk memasak di kira sebagai najis.
2)bolehkah baju itu dipakai untuk di bawa bersembahyang
3)bolehkah baju itu dicampur dengan pakaian yang lain dan dibasuh dengan mesin basuh tanpa membilasnya terlebih dahulu
sekian,
:wassalam
:salam
Assalammualaikum,
Saya sekeluarga sedang berada di luar negara.
Kami bawa dan isi air di dalam botol atau cawan plastik untuk membersihkan diri selepas buang air kecil dan besar di public toilet.
Soalan saya ialah:
Apa hukumnya kalau hanya istijmar dengan tissue sahaja sedangkan ada air di sink di luar loo ( yang tiada paip air hanya di dalam loo ). Saya ingat istijmar hanya boleh bila tiada air langsung di sekeliling kita. Tapi kalau ada air dan ada tissue, masihkah boleh istijmar sahaja?
Wassalam.