Air, bersuci dan najis

  • :salam

    Saya ada satu soalan berkaitan hukum tulang yang membuatkan saya tertanya2 yang manakah pendapat yg rajih (kuat). :confused:

    Menurut Sayyid Sabiq dalam Feqh sunnah, tulang bangkai di hukum suci kerana tidak ada dalil yang mengatakan sebaliknya.

    Manakala jumhur ulama kecuali Mazhab Hanafi(fiqh islami) mengatakan tulang bangkai itu najis.

    Dlm SOALJAWAB 46 telah dijelaskan hukum tulang pada pendapat Syafi'iyah.

  • :salam

    Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Harap maaf sekali lagi kerana ada soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Harap dimaafkan dan ditegur bila ia berlaku.

    Situasinya ialah kerana terpijak kesan di jalan raya yang cenderung menunjukkan itu adalah kesan bagkai/darah anjing yg dilanggar berhampiran dengan tempat itu. Saya sebelum itu telah membasuh selipar dan terus memakainya tanpa menantinya kering. Ada kemungkinan memijak kesan itu pada ketika tapak selipar basah.

    Soalan:

  • :salam
    Satu lagi soalan yang ingin saya tanya. Saya pernah terbaca article menyatakan air liur yang meleleh ketika tidur(air liur basi) adalah najis. Benarkah? Jika benar, perlukah kita membangunkan orang yang sedang tidur jika kita melihat air liurnya meleleh? dan jika kita tersedar dari tidur, perlukah segera membasuh apa-apa yang terkenanya?
    Diharap soalan ini tidak keterlaluan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
    :wassalam

  • Assalamualaikum!
    Syukur kepada Allah atas usaha tuan membangunkan laman web ini untuk faedah umat Islam. Saya do'akan semuga Allah memberi balasan yang baik atas usaha tuan. Terasa agak lambat bagi saya menemui laman web ini.

    Kemusykilan:
    Kerapkali selepas bersama dengan isteri saya, selepas mandi junub dan menunaikan solat (biasanya solat Subuh), kadang-kadang masih keluar cecair lekit daripada kemaluan saya. Walaupun pada awalnya saya memang yakin bahawa saya telah membersihkannya. Adakah sah solah saya atau saya perlu ulangi solah tersebut? Wassalam

  • assalamualaikum,
    saya ketika ini tinggal di luar negara, kadang kala terpaksa berjimat dan salah satu caranya dengan membeli barangan second hand seperti baju. adakah saya perlu menyamak pakaian tersebut walaupun saya tidak tahu samada empunya asal baju tersebut pernah membela anjing atau sebagainya dan kalau perlu bagaimana caranya. thanks

  • assalamualaikum ustadz,
    1. Bolehkah seseorang yang terkeluar air mazi/wadi lalu terkena pada seluar yg dipakainya lalu solat, walaupun dia sudah membasuh kemaluan dan mengulangi wuduknya tanpa menukar seluar(yg terkena air tersebut)? apakah sah solat saya atau seluar itu perlu ditukar?

    2. bagaimana pula jika air mazi itu tiba2 keluar masa sedang solat spt(keadaan orang yg kerap keluar air mazi). bukan disebabkan jima sebelumnya. apakah saya perlu mengulangi solat?

    3. apakah mazi itu najis sama spt air kencing?

  • Adakah wajib menghilangkan bau najis pada tangan selepas beristinjak...Saya pernah terdengar bahawa Rasulullah s.a.w. mengesatkan tangannya pada tanah (betul ke ni?). Jika wajib, adakah tangan bersifat najis selagi baunya tidak hilang? :p :p :confused:

  • Quote:
    > Perlukah kita menyamak rumah / kenderaan terpakai yang dibeli sekiranya
    > kita tahu bahawa tuan empunya rumah / kenderaan yang asal itu membela
    > anjing yang keluar masuk dari rumah / kenderaan tersebut?

    Jawab

  • Quote:
    Di sini saya ingin mengutarakan satu persoalan daripada seorang kenalan saya di sini.

    Kawan saya ni merupakan seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan orang Jepun (Muslim). Alhamdulillah, sepanjang dia di Jepun (baru 2 tahun) tiada masalah besar yang menimpa.

    Tetapi dengan takdir Allah, pada minggu lepas rumahnya telah dimasuki pencuri dan ini merupakan satu perkara yang amat luar biasa di Jepun. Jepun pada lazimnya merupakan sebuah negara yang amat selamat untuk didiami.

  • Quote:
    > Apakah hukumnya menggunakan najis khinzir sebagai baja?

    Jawab