Assalamu'alaikum
Sumber Rujukan Islam Anda..
Air, bersuci dan najis
-
-
Assalamu'alaikum
Terima kasih kerana memberi ruang utk saya bertanya. Harapan saya ialah saudara dpt menjawab kemusykilan saya..
1. Sehelai seluar yang terkena sentuhan anjing/najis anjing direndam dalam air bersama-sama pakaian lain, adakah pakaian2 lain itu turut dikategorikan bernajis mughalazah?
2. Bagaimana pula jika air rendaman itu tidak bertukar warna dan tiada 'ain najis pada seluar yg dikhuatiri bernajis itu?
3. Adakah org yg menyentuh air rendaman itu turut dikategorikan sebagai yg dicemari najis mughalazah dan perlu disucikan?
-
Assalamu'alaikum
1. Sekiranya kita tersentuh bhn makanan yg mempunyai bahan haram seperti gelatin dari khinzir, adakah kita perlu menyucikan tangan yg tersentuh itu dengan 7 kali air + tanah?
2. Bagaimana pula dgn bekas makanan yg telah menampung makanan itu. Adakah perlu disucikan atau memadai dibasuh saja?
Terima kasih, wassalam. -
Assalamu'alaikum wbt
Terima kasih kerana telah menjawab soalan saya sebelum ini
Saya sedikit keliru tentang bagaimana anjing dan khinzir dikategorikan sebagai najis mughalazah. Adakah khinzir dikiaskan kepada kenajisan anjing atau sebaliknya?Merujuk kepada SJ-2089, tuan ada berkata yang khinzir itu haram memakannya sahaja. Adakah jika bersentuh dgn khinzir (basah atau kering) atau najisnya masih sama cara penyuciannya dgn penyucian najis mughalazah biasa?
-
jika kita memakai minyak rambut, adakah sah air sembahyang kita
-
:salam
Setahu saya, adalah makruh bagi isteri menikmati kemaluan suami dengan mulut dan harus bagi suami menikmati kemaluan isteri sedemikian berdasarkan dalil " isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti .... " (liwat).
Tetapi saya menjadi keliru apabila menyentuh soal air mazi.
-
1. Menurut satu hadis Rasulullah S.A.W. yang diucapkan baginda kepada seorang wanita yang bertanyakan kepadanya tentang kenajisan pakaiannya yang labuh setelah melalui kawasan yang kotor di mana Rasulullah S.A.W. menjawabnya dengan mengatakan suci kain tersebut setelah melalui kawasan yang bersih. Menurut pemahaman saya, pada zaman Rasulullah S.A.W. , kaum muslimahnya memakai pakaian yang agak labuh sehingga Rasulullah S.A.W. sendiri membenarkan labuh sehingga sehasta daripada buku lali. Soalan saya : Adakah ia hanya dikhususkan untuk wanita sahaja?
-
:salam
Ada sedikit kekeliruan pasal najis tahi telinga, masa sekolah dulu ada ustaz/imam mengatakan tahi telinga itu najis. Tapi tidak pada tahi hidung dan tahi mata, betulkah sedemikian?
wallahualam, terima kasih :bomberdie
-
Assalamualaikum…
Bagaimana pendapat panel al-Ahkam mengenai hadis yang menerangkan sewaktu Baginda Rasulullah S.A.W. sedang solat, 2 cucu Baginda datang memanjat belakang Baginda sewaktu Baginda sedang sujud sehinggakan Baginda tidak sampai hati untuk bangun daripada sujudnya kerana terlalu sayangkan cucu-cucunya itu (Hasan & Husin)
-
Assalamualaikum…
Najiskah tahi cicak? Bagaimana pendapat para ulama’ ttg masalah ini?
Bagaimana pulak dgn sarang labah-labah dengan rambut (manusia/ haiwan)? Ttg masalah ni… saya tak pernah timbul masalah ni… sehinggalah pada suatu hari seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya ttg najiskah sarang labah-labah tersebut.? WA