SJ-2087: Tentang ragu2, najis dan solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2087: Tentang ragu2, najis dan solat

Assalamu'alaikum

1.
Ikhlas saya katakan yg saya selalu berasa ragu2 dlm byk perkara, mungkin kerana ilmu yg amat sedikit. Dalam perjuangan menentang rasa ragu2, saya sering terperangkap dalam beberapa suruhan agama. Seingat saya ada hadith dari Rasulullah s.a.w. yg menyatakan bahawa sebaiknya mengelakkan perkara yg syubhah. namun ada juga dlm islam seingat saya tentang bagaimana perasaan ragu2 itu hanyalah godaan syaitan dan setiap kali kita berjaya melawannya, maka akan meningkatlah keimanan kita. Jadi bagaimana perlu kita seimbangkan antara kedua suruhan itu agar kita tidak terlalu terpengaruh dgn rasa ragu2 hingga menjadi terlalu penakut dan tidak terlalu bersikap yakin hingga mungkin melakukan perkara yg haram?

2.
Baru2 ini ada list yg dikeluarkan yg dikatakan dipersetujui badan agama di Malaysia tentang makanan yg haram kerana mengandungi bahan dari khinzir. salah satu contoh ialah produk Maggi dan sabun Fab. Ini amat mengejutkan kerana pada label Maggi sendiri ada tanda Halal. Kini saya ragu2 dengan kesucian Maggi dan sabun Fab dan mengelakkannya. Dan pada masa yg sama saya ragu2 akan kesahihan list itu kerana sekiranya perkara ini benar kenapa tidak dimaklumkan oleh rakyat melalui media masa?

Dengan keraguan saya itu, adakah perlu saya menyucikan bhgn tubuh bdn saya yg pernah menyentuh makanan Maggi dan sabun Fab (seperti mulut dan tangan) dan pakaian yg pernah terkena makanan Maggi dan dibasuh dgn sabun Fab?

Dan jika ya, bagaimana perlu saya mengenalpasti pakaian yg mana benar2 perlu disucikan kerana saya tak ingat mana baju yg pernah dibasuh dgn sabun Fab dan yg pernah disentuh Maggi?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disamak. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?

3.
Bagaimana pula dgn hukum persentuhan tidak langsung antara tubuh dgn anjing/khinzir? Contohnya tersentuh rumput yg pernah dilalui anjing/khinzir?

Bagaimana pula jika rasa ragu2 sama ada rumput itu pernah dilalui anjing/khinzir? Contohnya baru2 ini saya ternampak najis anjing di atas rumput dan mengelakkannya. Namun saya tak dapat mengelak dari bergeser dgn rumput2 sekitar. Walaupun tidak ada najis di rumput, itu, saya was was kerana mungkin anjing itu pernah bergeser dgn rumput itu sebelum ini. Perlukah saya menyucikan kulit kaki dan seluar yg terkena rumput itu?

Kini saya hanya meyakinkan diri (walaupun kdgkala rasa ragu2, saya hanya menyatakan yg itu hanya bisikan syaitan) yg tidak perlu disucikan. Bagaimana jika sebenarnya ianya perlu disucikan, adakah saya perlu mengqada' solat2 saya sebelum ini?

4.
Selepas baligh, saya masih belum menjaga solat dan akibatnya banyak solat yg telah saya tertinggal. Alhamdulillah kini telah diberi hidayah dan sejak beberapa tahun amat teliti tntg penjagaan solat.

Perlukan saya mengqada' kesemua solat itu atau hanya cukup bertaubat nasuha?
Bagaimana dgn solat di masjid? kerana ada pandangan menyatakan solat di rumah adalah tidak sah dan wajib menunaikannya di masjid?

Wassalam

Re: SJ-2087: Tentang ragu2, najis dan solat

:wassalam
Jawab:
1. Bukan anda seorang yg mengalami perasaan was-was. Bahkan ia fenomena biasa di kalangan awami hingga fuqaha' menulis kitab2 yg tebal untuk membantu kita keluar dari gejala was-was ini. Allah swt sendiri menurunkan surah khas (Tiga Qul) khusus menangani wabak was-was ini. Lihat surah anNas.
Hadis yg anda maksudkan itu ialah hadis # 6 dari Matan arba'een anNawawiyah dari Nu'man bin Basyir ra," bahawasanya yg halal itu jelas/nyata, yg haram itu jelas dan di antara keduanya adalah urusan yg samar2.." hingga seterusnya. Jadi berpandukan hadis ini kita dapati jalan keluar dari was-was: yakni ambil yg halal bayyin sahaja dan tinggalkan yg haram dan yg belum jelas kedudukannya (samar2). dunia yg terbentang luas di hadapan kita ada tiga option: halal yg nyata, haram yg nyata dan yg samar. Maka Muslim hanya ambil yg halal nyata sahaja kecuali dharurat/terdesak, maka yg syubhat boleh dipertimbangkan.
2. Mengenai surat layang dalam bentuk e-mails, circular, cakap2 kedai kopi adalah informasi bakul sampah (junkmails info). Ia tidak ada autoriti melainkan kita guna sistem Bukhari-Muslim untuk cek sumber berita itu. Jika sumber berita itu diragui, maka sijil Halal terhadap barangan itu masih halal bayyin. Setiap produk yg dicertifikasikan Halal, tetap kekal halalnya kecuali ada dalil atau maklumat yg rajih untuk membatalkan kehalalannya.

3. Apabila kita melihat anjing dan babi sahaja dan mula merasa was dgn apa yg dilalui dan disentuh oleh binatang itu adalah suatu sindrom was-was yg kronik. Anjing menurut jumhur yg perlu diawasi ialah jilatannya sahaja (yg perlu dibasuh 7 kali), babi pula ialah haram memakannya sahaja. Selain itu tidak perlu dirisaukan. Tanah adalah suci dan apa jua yg terkena padanya akan menjadi suci dgn sendirinya Fiqh Sunnah
4. Solat yg luput baik dgn sengaja atau tidak sengaja sejak akil baligh hendaklah diqadha' menurut jumhur. Madrasah Salafiy pimpinan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani, muridnya Ibn Qayyim alHafidz menetapkan solat yg luput secara sengaja tidak boleh qadha' sebab hukumnya tidak ujud. Memadai dgn taubat nasuha dan membanyakkan solat nawafil (sunat) (Ibn Qayyim, Ahkam asSolat)
Solat berjama'ah di mesjid adalah fardhu kifayah jkpd ahli sebuah qaryah) dan ia memiliki kelebihan 27X ganda dari solat sendirian. Solat di rumah sah menurut jumhur. Solat di mesjid berjama'ah (kpd mukallaf) jatuh hukum sunnat mu'akkad (solat yg diberati syara'). (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny, 2/3-4)
Jika masih ragu kembalilah semula kpd Ahkam Online untuk pejelasan yg lebih.
Rumusan:
Penawar mujarab bagi was-was ialah belajar. Tidak ada penyakit yg dapat disembuhkan iaitu kejahilan melainkan dgn belajar. Kejahilan (tiada informasi/ilmu pengetahuan) adalah induk kepada penyakit was-was. WA
WA