Air, bersuci dan najis

  • Yang dihormati Ustaz / Tuan (kepada g@y@t)

    pertamanya saya minta maaf kerana menggunakan platform ini lagi kerana saya tak dapat pm atau reply pada topic (kemungkinan saya belum jadi member atau saya tidak tahu bagaimana nak buat). saya ada buat transaksi untuk buku tersebut dan kalau boleh saya dapat email ustaz / tuan bagi tujuan pembuktian transaksi.

    walaubagaimanapun, saya telah email kepada kedai buku tersebut melalui email seperti email address yg dalam iklan kedai buku tersebut.

    sekian terima kasih.

  • :salam

    Sefaham saya "umum balwa" ialah kelonggaran bila mana sesuatu perkara tu susah dielakkan/kerap berlaku, maka kita mengambil pendirian paling memudahkan.

    Katala dalam kes najis burung,tahi cicak selalu jatuh ke atas karpet masjid.

    1) Sekiranya kita nampak calitan putih, tidak dapat dipastikan ia cat putih(just in case masjid buat renovation ke) atau najis burung yg sudah kering, adakah kita perlu mencari sof lain? Untuk solat jumaat contohnya lebih payah kerana apabila kita isi saf kosong,most likely kalau nak cari sof lain dah kena isi orang lain.

  • :salam
    Sekiranya kita mandi wajib menggunakan air dalam satu bekas(baldi),dan percikan air mandian ada yang masuk semula ke dalam baldi tersebut, adakah mandi wajib itu sah atau tidak? pada masa sama, kita juga menggunakan air paip untuk mengisi baldi tersebut

  • :salam
    berkenaan membasuh baju guna mesin basuh, ada orang kata jika pakaian yang hendak dibasuh ada terkena najis seperti air mazi atau apa-apa saja, maka kita kena basuh dahulu sehingga najis tu hilang. lepas tu, baru boleh basuh dalam mesin basuh bersama baju-baju lain yang tiada najis padanya.
    kalau tak buat macam tu, semua baju lain akan kena najis tu.

    bagaimana pendapat ustaz? adakah ini disandarkan pada pandangan imam syafi'e bahawa air musta'mal itu tidak menyucikan? bagaimana pendapat mazhab lain pula?

    sekian, jazakumullah.

  • :salam
    hendak bertanya sedikit. babi haram dimakan. Cuma apabila terpegang kulit babi yang telah menjadi jaket, kasut, beg tangan dan sebagainya serta penggunaan berus dari bulu babi (banyak di Malaysia), adakah tangan kita perlu dibasuh.
    Keldai juga haram dimakan, tetapi tidak pernah dengar tangan kotor kalau pegang beg tangan kulit keldai.
    :wassalam

  • :salam ,

    Yg Dihormati Ustaz-ustaz

    Saya ingin menanyakan soalan tentang produk dari bulu babi. Banyak maklumat yang boleh dipercayai didapati bahawa bulu dari berus samada digunakan untuk makanan, pemakaian dan penggunaan harian kebanyakan asal dari bulu babi.

  • contohnya lepas kita buang air besar dan masih ada bau kurang menyenangkan..bolehkah kita sembur minyak wangi untuk menghilangkan bau tersebut?adakah sah solat kita?

    minta rujukan dan dalil

  • :salam

    Saya ada terbaca somewhere, cuma sebab baru ni terdetik nak tanya, dan kebetulan saya pun belum berkeluarga.

    Setakat saya faham, kanak2 yang belum berkhatan dianggap menanggung najis. Jadi isunya:

    a) Sekiranya solat di mana ada kanak-kanak (ikut uruf m'sia umur khatan sekolah rendah) duduk satu saf, dan kanak-kanak pula sukar dikawal dan menyentuh kita sewaktu solat adakah dikira batal?

  • Assalamualaikum ustaz,
    Bagaimana cara terbaik membersihkan najis cicak di atas lantai dan carpet? Mungkin ada yang baru/lembap, kering atau yang melekat. Saya lihat ramai yang hanya menyapu atau vacuum sahaja seperti menyapu sampah biasa.

    Terima kasih.

  • adakah orang kafir itu najis dan adakah kita perlu mengambil wuduk jika bersalam dengan mereka?apakah hukumnya makan satu bekas dengan mereka?