Wuduk, mandi dan permasalahannya

  • :salam

    Terima kasih saya ucapkan kerana telah sudi menjawab soalan saya. Bolehkan diberi penjelasan tentang jawapan sebelum ini:

    1. Dikatakan mandi (gusl) yang memadai ialah membasuh mulut (kumur-kumur) dan hidung, kemudian membasuh seluruh badan

    i. adakah kumur itu wajib? kerana sebelum ini saya ada membaca yang menngatakan kumur itu sunat.

    ii. membasuh hidung di sini adakah bermaksud memasukkan air ke dalam hidung atau memadai luarnya sahaja? dan apakah hukumnya?

  • :salam
    semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada umat Islam seluruh dunia.....
    pre: sebagaimana yang kita tahu secara umumnya wanita mempunyai kitaran haid yang unik dan kompleks. Ada yang 6 hari sehinggalah ada yang 20 hari.

  • :salam
    Setahu saya, mandi tanpa pakaian adalah makruh dan sunat jika berpakaian. Soalan saya:
    1. apakah batas2 tubuh yg perlu ditutup untuk mendapatkan pahala sunat tersebut?
    2. adakah masih mendapat pahala sunat sekiranya kita menanggalkannya ketika hendak sabun?
    Saya harap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran...
    :wassalam

  • Assalamualaikum,
    Tuan2 Guru yg dihormati sekelian.
    a) Saya dan isteri Inshaaalah akan menunaikan fardu haji thn 2004. Dlm SJ-456, pendapat jumhur tidak membenarkan wanita menetap di masjid kecuali Imam Syawkani dan Mazhab Abu Daud Zahiri. Sekarang ini kursus haji yg dianjurkan dan semua pengajian ilmu agama dibuat di dlm masjid. Oleh itu bolehkah tuan guru sekelian
    1. mendetailkan 2 pendapat tersebut atau
    2. memberikan sumber rujukan pendapat tersebut

  • Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel dirahmati Allah

    1.Seorang wanita yang haidnya biasa 7,8 hari, tetapi selepas bersalin pada hari ke 9 ada cecair warna kuning adakah ini bukan haid

    2.Wanita yang haidnya 7,8 hari tetapi pada hari 9 darah masih keluar bewarna hitam atau merah...apa yang patut dilakukan. Jzkmllh Wassalam

  • Assalaamu'alaikum,

    Apakah maksud/ tujuan pembatalan air sembahyang di majlis akad nikah? Adakah wudhuk akan terbatal jika suami isteri bersentuhan dengan sengaja atau tidak sengaja? Terima kasih

  • assalamualaikum,
    saya ada terbaca dalam satu artikel yang mengatakan bahawa pendapat yang lebih tepat dalam masalah batal wuduk dengan berlaku sentuhan adalah apabila diiringi dengan syahwat sahaja tanpa mengira siapa yang disentuh samada mahram atau bukan mahram. soalan saya, bagaimanakah caranya untuk menentukan timbulnya shahwat? adakah memadai dengan timbulnya perasaan yang "semacamnya" itu ataupun dengan keluarnya air mazi sama ada dipihak lelaki ataupun perempuan? harap pihak tuan dapat memberi penjelasan dengan jelas. terimakasih, wassalam

  • Saya ingin minta kepastian dari para panel mengenai adab memotong kuku. Saya ada terbaca dari satu risalah terbitan pusat Dakwah Kementerian Hal Ehwal agama Brunei DS dan tercatat disitu rujukan dari kitab AL-JAUHARUL MAUHUB WA MUNABBAHATUL QULUB. Juz pertama..:

    KUKU TANGAN
    1. Dimulai dgn jari telunjuk jari tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, kelinking dan barulah ibu jari.
    2. Seterusnya tangan kiri dimulai dgn jari kelingking, jari manis, tengah, telunjuk dan ibujari.

  • :salam

    adakah sah wuduk seseorang jika seseorang itu berkaki/tangan kudung??
    :wassalam