Wuduk, mandi dan permasalahannya

  • Quote:
    Assalamualaikum,

    Sekiranya saya ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi bahwa bersentuh kulit dgn isteri tidak batal, perlukah saya mengetahui syarat2 sah/batal wudhuk mengikut mazhab hanafi?

    Jawab:
    Kesemua Imam mujtahid menyarankan kita meneliti dalil dan hujah mereka sebelum kita menerima pakai ijtihad mereka.

  • Assalammualaikum.....

    Saya nie baru je berumur se tahun jagung... lebih2 lagi dalam bab agama nie ilmu pengetahuan saya masih cetek...saya ingin mencari kepastian... berkenaan dalam perkara ini:

    1) macam mana kalau seseorang itu memotong kuku, janggut, atau sebahagian yg ade di tubuh badan nye... semasa dia sedang dalam keadaan belum mandi wajib, perlukah kuku, janggut, atau sebagainye yang sudah dipotong dibasuh sekali, semasa tuan nye mandi wajib...?

  • saya ingin kepastian, jika kita menjima' isteri tapi berhenti sebelum mengeluarkan air mani.. apakah kita kena mandi junub?
    dan bagi isteri, apakah setiap kali suami memasukkan zakar, dia wajib mandi junub..? Atau hanya bila isteri itu klimaks sahaja..? terima kasih.

  • Baru-baru ini kakak kepada isteri saya berpisah dengan suaminya. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun. Dengan pendapatan beliau yang kecil dan perlu menyara anak, saya dan isteri meminta beliau tinggal dengan kami. Anak perempuan beliau dengan saya agak rapat, mungkin kerana dia menganggap saya ayahnya. Persoalan saya, adakah wudhuk saya terbatal sekiranya tersentuh kulit dengan anak perempuan beliau?

  • saya nak tahu niat-niat mandi dalam Islam dengan sebutan yang betul supaya tidak lari maksudnya.

  • Ana ada sedikit kemusykilan...

    Bagaimana tidur yang membatalkan wuduk?

    wa