Wuduk, mandi dan permasalahannya

  • Assalamua'laikum
    Seseorang mandi hadas menggunakan air yg ditakung pada baldi atau besen besar. Apabila menjirus air ke badan maka akan terpercik sebahagian air yg telah digunakan buat mandi hadas itu ke dalam bekas takungan itu. Adakah air yang masih ada di dalam bekas itu masih di kira air mutlak atau ianya telah menjadi air musta'mal? Bolehkah kita mandi hadas menggunakan air musta'mal?

  • Saya memahami bahawa sekiranya kita telah mandi hadas maka kita tidak perlu lagi mengambil wudhu.
    Soalan saya, sekiranya semasa mandi hadas itu kita berhadas kecil (kencing/kentut) atau memegang qubul/dubur. Perlukah kita mengambil wudhu sekali lagi sekiranya kita akan bersolat kemudiannya? Terima kasih

  • Assalamualaikum

    Saya dapati ada mengatakan bahawa memisahkan kumur air and menghirupkan air adalah Sunnah Rasullulah SAW. Soalanya bagaimana kafiatnya perlakuan itu dan apa yang afdal dalam pekerjaannya menurut hadith serta kedudukan hadith.

    Terima Kasih

  • Asslamualaikum

    Sukacita jika dapat diterangkan permasalahan solat dalam istihadah dan senario-senarionya.

    Terima Kasih

  • Satu kemusykilan.
    Senior saya pernah berkata bhw seseorang itu, jika hendak Takbiratul Ihram maka tidak boleh lebih tiga kali, sekiranya lebih maka hendaklah wudhu' semula (adakah ini bermaksud wudhu'nya batal?)

  • Assalamualaikum...
    Saya baru sahaja terdengar tentang satu lagi jenis mandi wajib yang bernama mandi Wiladah. Bolehkan diterangkan hukum melakukan mandi ini dan bilakah masanya ianya dilakukan. adakah terdapat nas atau hadis yang jelas yang menerangkan hukum mandi Wiladah ini.
    Sekian.
    Wassalam.

  • Ustaz,

    1. Sebaik sahaja masuk ke bilik mandi air terus diratakan dengan niat mandi hadas sekali. kemudian membuang air besar selepas itu baru tubuh badan dibersihkan. Persoalan perlukah niat mandi hadas diulang semula sebab proses pembersihan badan tadi terhenti disebabkan membuang air besar.

    2. ukuran dua kolah, berapakah ukuran sebenarnya dalam meterpadu?

  • Assalamualaikum,

    1. Apabila seseorang itu kentut, ada kalanya keluar wap air bersama angin yg keluar itu sehingga membasahkan seluar dalamnya. Adakah wap air ini dikira najis dan bolehkah pakaian tersebut (seluar dalam) boleh dibawa ke dalam sembahyang?

  • Assalamualaikum wmt wkt

    1. Adakah seorang wanita yang baru melahirkan anak perlu berniat 2 kali untuk mandi kerana wiladah dan darah nifas?

    2.Adakah boleh azan di masjid atau surau menggunakan rakaman azan dari radio atau kaset

  • Assalamualaikum. ahli-ahli panel yang dihormati

    1.Adakah batal wuduk wanita muslim bersentuhan kulit dengan : a. kanak-kanak lelaki muslim yang mumayyiz b. kanak-kanak lelaki mumayyiz bukan islam c. wanita bukan islam

    2.Adakah batal solat jika sengaja duduk semula tahiyyat awal selepas tersilap bangun kerana menyangka rakaat keempat?